Auto Shanghai 2021: Mitsubishi Airtrek dilahirkan semula sebagai SUV elektrik!

oleh Mohamad Hanif|
Mungkin tidak ramai yang tahu, Mitsubishi Outlander yang kita lihat di atas jalan raya pada ketika ini sebenarnya berasal daripada Mitsubishi Airtrek, generasi pertama yang wujud pada tahun 2001 sehingga tahun 2008.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pada ketika itu, ia merupakan antara pilihan yang popular di kalangan mat famili yang mahukan sebuah kereta keluarga, di mana crossover ini menawarkan pilihan enjin aspirasi natural 2.0 liter (kod 4G63), atau mahukan yang lebih pantas, enjin Evo 4G63T dengan angka output dikurangkan kepada 202 PS dan 303 Nm.

Nama Airtrek akhirnya digugurkan bermula pada generasi kedua, memandangkan Mitsubishi mahu menggunakan nama Outlander yang lebih mesra global, dan ia kekal sehinggalah kepada generasi terkini Outlander.

Namun, Mitsubishi Motors baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan GAC Mitsubishi Motors bagi membangunkan sebuah SUV berkuasa elektrik sepenuh masa Airtrek bertempat di Auto Shanghai 2021.

 


Mitsubishi Airtrek EV ini dibangunkan berdasarkan konsep 'e-cruising SUV' dengan menggunakan tiga elemen: Electric, Expanding, dan Expressive.

Dari segi penampilan, Airtrek EV ini membawakan imej signatur Mitsubishi, iaitu Dynamic Shield dengan rekaan lampu utama berlapis, gril hadapan yang tertutup, serta pemasangan rel pada bahagian bumbung.

Sementara bahagian belakang pula menampilkan rekaan lampu serba baharu berbentuk T, diikuti dengan pemasangan spoiler bumbung dan logo Airtrek EV yang terdapat pada pintu tailgate.

Menurut John Signoriello selaku pegawai eksekutif MMC berkata, "kami membangunkan Airtrek sebagai sebuah SUV yang membolehkan pelanggan kami menikmati cabaran tanpa batasan.

Malang sekali, Airtrek hanya direka khusus untuk pasaran China sahaja.

Berita Berkenaan

Berita Global
Butiran lanjut berkenaan trenkuasa SUV Elektrik ini tidak didedahkan, namun besar kemungkinan Mazda…
Berita Global
Maserati Levante Hybrid dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris 2.0 liter yang dibantu dengan…
Berita Global
Nampak macam pernah lihat, tapi di mana ya? Untuk pengetahuan anda, Lynk & Co 09 dibangunkan…