Audi Malaysia buka pendaftaran minat EV e-tron GT, Q8 e-tron, pelancaran Q2 2023

oleh Mohamad Hanif|
PHS Automotive Malaysia selaku pengedar rasmi kenderaan berjenama Audi mengumumkan pembukaan pendaftaran minat bagi barisan model kenderaan elektrik e-tron yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan semakan ringkas, Audi Malaysia bakal membawakan beberapa buah model EV, iaitu RS e-tron GT, e-tron GT quattro, serta model SUV Q8 e-tron dan Q8 Sportback e-tron.

'Kembar' kepada Porsche Taycan, Audi e-tron GT dan RS e-tron GT membawakan konfigurasi motor elektrik berkembar dengan sistem pacuan semua roda yang dipadankan dengan pek bateri 85 kWh. Jarak gerak mampu mencapai sehingga 487 km mengikut data WLTP.
 

RS


e-tron GT mampu menghasilkan kuasa 469 hp dan 630 Nm, atau sehingga 530 PS/640 Nm dengan menggunakan mod Launch Control.

Sementara RS e-tron GT pula berupaya menghamburkan 590 hp dan 830 Nm, yang membenarkan pecutan 0-100 km/j sepantas 3.3 saat.
 

Q8


Audi Malaysia juga bakal memperkenalkan SUV elektrik Q8 e-tron (yang sebelum ini dikenali sebagai e-tron sahaja) dengan dua varian bagi setiap bentuk badan (normal dan Sportback).

Dalam varian Q8 50 e-Tron, ia mampu menjana kuasa 335 hp (Boost Mode) dan 664 Nm, sementara pek bateri 89 kWh pula membenarkan jarak gerak sejauh 491 km (505 km untuk versi Sportback).
 

Q8


Varian Q8 55 e-Tron pula mendapat talaan kuasa 402 hp (Boost Mode) dan 664 Nm, digandingkan dengan pek bateri 104 kWh untuk jarak operasi 582 km (600 km untuk versi Sportback).

Menurut laporan rakan media Paultan, model-model tersebut akan mula muncul di pasaran Malaysia pada suku kedua 2023 (Q2 2023).

Baca: Audi Q8 e-tron & Q8 Sportback e-tron 2023

Berita Berkenaan

Pelancaran
Kehadiran dua SUV pantas ini dilihat mampu melengkapkan lagi penawaran SUV elektrik Audi untuk…
Berita Domestik
Kedua-dua kempen yang akan berakhir pada 31 Disember ini menawarkan penjimatan sehingga RM93,000…
Berita Domestik
Aplikasi myAudiWorld kini menawarkan rangkaian ciri menarik untuk menjadikan pengalaman pemilikan…