Selamat jalan Audi e-Tron, selamat datang Audi Q8 e-Tron 2023

oleh Mohamad Hanif|
Audi baharu sahaja melancarkan model SUV elektrik baharu mereka Audi Q8 e-Tron bagi menggantikan nama e-Tron yang digunakan sebelum ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mengelirukan, bukan?

Ini kerana model SUV elektrik pertama yang dilancarkan pada tahun 2018 itu hanya digelar e-tron sahaja.

Jadi, penggunaan nama baharu Q8 e-Tron akan mengingatkan pengguna bahawa ini merupakan model SUV bertaraf andalan.
 

SQ8


Sama seperti penawaran sedia ada, Audi Q8 e-Tron ini turut ditawarkan dalam versi standard, versi coupe Sportback dan tidak ketinggalan versi prestasi tinggi SQ8 e-Tron.

Audi mengemaskini rekaan luaran dengan membawakan muka hadapan yang lebih malar segar, rekaan jeriji dengan pengatup elektrik, lampu utama baharu serta seksyen bercahaya pada bahagian jeriji itu tadi.

Elemen aerodinamik turut ditambahbaik, di mana Q8 e-Tron kini mempunyai kadar pekali seretan 0.27, berbanding 0.28 pada model terdahulu, sementara model Sportback pula turun kepada 0.24 berbanding 0.26.
 

Audi


Q8 e-Tron secara standard dibekalkan dengan dua motor elektrik, satu untuk setiap gandar.

Menurut Audi, setiap motor elektrik itu dibekalkan dengan tambahan sepasang gegelung baharu, membolehkan penjanaan tenaga yang lebih banyak dengan menggunakan sumber elektrik yang sedikit.

Sistem suspensi udara pula membolehkan pelarasan ketinggian SUV elektrik ini sehingga 76 mm.

Dalam varian Q8 50 e-Tron, ia mampu menjana kuasa 335 hp (Boost Mode) dan 664 Nm, sementara pek bateri 89 kWh pula membenarkan jarak gerak sejauh 491 km (505 km untuk versi Sportback).

Varian Q8 55 e-Tron pula mendapat talaan kuasa 402 hp (Boost Mode) dan 664 Nm, digandingkan dengan pek bateri 104 kWh untuk jarak operasi 582 km (600 km untuk versi Sportback).
 

Q8


Varian SQ8 e-Tron tampil dengan talaan yang lebih berkuasa, terima kasih kepada tetapan tiga motor elektrik - satu untuk gandar depan, dua di belakang.

Ia mampu menghasilkan 496 hp dan 973 Nm, serta padanan pek bateri 104 kWh dengan jarak gerak 494 km atau sehingga 513 km untuk versi Sportback.
 

Audi


Perbandingan pecutan 0-100 km/j, Audi SQ8 e-Tron memiliki kepantasan 4.5 saat, diikuti Q8 55 e-Tron (5.6 saat) dan Q8 50 e-Tron (6.0 saat).

Q8 e-Tron ini turut menyokong pengecasan pantas DC 150 kW, atau 170 kW untuk dua varian tertinggi, di mana pemandu boleh mendapatkan jarak 420 km untuk tempoh 31 minit sahaja.

Pengecasan AC 11 kW turut disertakan, di mana terdapat opsyen naiktaraf kepada 22 kW disediakan.
 

Audi


Ketiga-tiga model ini dibekalkan dengan skrin kluster digital, skrin infotainmen 10.1 inci, serta skrin tambahan 8.6 inci untuk kawalan HVAC, diikuti skrin paparan head-up sebagai satu opsyen.

Sistem pendingin hawa dua zon automatik adalah standard, namun pembeli boleh menaiktaraf sistem tersebut kepada kawalan empat zon.
 

Audi


Selain itu, bergantung kepada pasaran, pembeli boleh mendapatkan sistem kamera sisi menggantikan cermin sisi dengan paparan khas disertakan untuk setiap sisi.

Antara kelengkapan bantuan pemandu termasuklah sistem parkir kawalan jauh, di mana pemandu boleh mengakses fungsi tersebut menerusi peranti pintar tanpa perlu duduk di dalam kenderaan.

Harga jualan Audi Q8 e-Tron dan Sportback di Jerman bermula dari €74,400 (RM353,269).

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Terdiri daripada model SUV, sportback dan coupé empat pintu, rangkaian e-tron dibina khas dengan…
Berita Domestik
Selain daripada model-model SUV dan wagon Audi, Weststar Motor turut menyelitkan sebuah model e-…
Berita Global
Jika versi standard didatangkan dengan konfigurasi motor elektrik berkembar - satu untuk setiap…