Aston Martin panggil kembali DBX di Amerika - lupa pasang blok busa pada headliner

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu pengumuman terbaharu, Aston Martin memanggil kembali kira-kira 151 unit SUV DBX di Amerika Syarikat untuk proses pembaikan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Puncanya? Kesemua unit yang terjejas tidak dipasang dengan blok busa pada headliner yang mampu meningkatkan risiko kecederaan kepada penumpang akibat impak kemalangan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh NHTSA, 'kesilapan tidak memasang blok busa itu mampu meningkatkan risiko kecederaan kepada kepala bagi penumpang yang tidak memakai tali pinggang keledar ketika kemalangan.'

Pihak Aston Martin akan memasang blok busa pada headliner SUV itu secara percuma tanpa sebarang kos tambahan, dan para pemilik akan dihubungi dalam masa terdekat.

Mujur tiada sebarang laporan kecederaan berhubung isu yang berkaitan.

Sebagai sebuah SUV pertama Aston Martin, ia dikuasakan oleh enjin AMG 4.0 liter bentangan V8 turbo berkembar yang mampu menghasilkan 542 kuasa kuda dan 700 Nm, menjadikan pecutan sepantas 4.5 saat dari 0-100 km/j sebelum mencapai kelajuan tertinggi 291 km/j.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dihadkan kepada tujuh unit setiap satu, barisan model SUV mewah yang dimaksudkan itu ialah: •…
Berita Global
Namun, perpindahan beliau ke sana bukannya murah, di mana pasukan Al-Hilal perlu membayar £78 juta…
Berita Global
Memperkenalkan, Aston Martin DBX707 2023, di mana ia kini menjadi SUV mewah paling berkuasa di…