Neymar tuntut 8 kereta mewah termasuk Aston Martin DBX, Bentley Continental GT, Lamborghini Huracan

oleh Mohamad Hanif|
Bintang bola sepak Neymar da Silva Santos Júnior, 32 tahun dilapor bakal berhijrah ke Arab Saudi pada musim panas ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, perpindahan beliau ke sana bukannya murah, di mana pasukan Al-Hilal perlu membayar £78 juta (RM460 juta) kepada pasukan lamanya PSG, selain membayar gaji bernilai £137.8 juta (RM813 juta) setahun, bersamaan £11.4 juta (RM67.26 juta) sebulan.

Menurut laporan The Sun, bekas bintang Barcelona itu turut menuntut lapan unit kereta mewah, iaitu empat Mercedes-Benz G Wagon, sebuah van Mercedes lengkap dengan pemandu, sebuah Aston Martin DBX, sebuah Bentley Continental GT dan supercar Lamborghini Huracan.

Bukan itu sahaja, beliau juga mahukan sebuah rumah yang dilengkapi dengan 25 bilik minimum untuk kegunaan ahli keluarga dan rakan-rakannya, kolam renang sekurang-kurangnya 40 meter panjang kali 10 meter lebar, tiga sauna, dibantu dengan lima orang pekerja sepenuh masa termasuklah pembantu chef untuk membantu tukang masak peribadinya.

Peti sejuk juga perlu diisi sepanjang masa dengan jus minuman Acai kegemaran beliau, dan minuman Guarana untuk keluarga dan rakan-rakannya.

Turut didedahkan dalam perjanjian tersebut di mana Neymar juga mahukan sebuah jet peribadi kegunaan beliau dan ahli keluarganya untuk percutian.

Sumber: The Sun

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pemain termahal dunia berusia 29 tahun itu bergambar bersama helikopter berkenaan yang dipakir…