Arrival perlihat model prototaip Beta, van elektrik kegunaan kurier

oleh Mohamad Hanif|
Salah sebuah daripada yarikat pemula yang berpengkalan di UK, Arrival telah berjaya mendapat tempahan dan pelaburan daripada syarikat global setelah memperlihatkan model prototaip van elektrik Alpha.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Januari lalu, syarikat penghantaran kurier UPS telah menempah kira-kira 10,000 van elektrik bernilai $440 juta (RM1,827 juta) sebagai tambahan kepada pelaburan di dalam divisyen UPS Ventures dan menjadi pemegang saham minoriti dalam syarikat tersebut.

Tidak lama selepas itu, syarikat pengeluar automotif Hyundai dan KIa pula mengumumkan pelaburan bernilai $111 juta (RM460 juta), sekaligus mendapat akses kepada platform papan selaju Arrival.

 


Kini, syarikat UK itu bersedia untuk memperlihatkan sebuah model prototaip van komersial Beta berdasarkan input dan maklum balas yang diterima daripada syarikat kurier seperti UPS, DHL, dan Royal Mail selepas menilai model prototaip Alpha.

Perubahan yang dibuat dari segi reka bentuk itu bertujuan untuk meningkatkan kegunaan van elektrik itu sendiri, mengambil kira beberapa aspek seperti tahap penggunaan fungsi serta pengalaman pengguna.

Berdasarkan gambar rasmi yang dibekalkan, reka bentuk asal model prototaip Alpha yang berkotak itu telah digantikan dengan bentuk badan yang lebih aerodinamik, serta posisi lampu utama yang sedikit tinggi.

 


Bagi memudahkan akses kepada ruang kabin, reka bentuk pintu adalah jenis gelongsor di mana pemandu akan disambut dengan dengan kedudukan pemanduan yang sedikit tinggi.

Rekaan papan pemuka van elektrik Arrival ini juga agak minimalis dengan kehadiran skrin tengah yang cukup besar menempatkan segala macam fungsi kenderaan.

Lebih penting, platform modular van Arrival ini membenarkan syarikat menempah spesifikasi yang diinginkan yang merangkumi kapasiti bateri, tinggi, panjang dan ruang kargo bagi memenuhi keperluan spesifik komersial.

 


Binaan panel badan van ini diperbuat daripada bahan komposit thermoplastik, membenarkan van ini dipasang di dalam kilang mikro berkeluasan 10,000 meter persegi sahaja, selain tidak memerlukan sebarang fasiliti cat atau kimpal.

Dari segi kuasa, van Arrival ini menggunakan sel bateri LG Chem dengan kapasiti bermula dari 44 kWh sehingga 130 kWh, di mana opsyen kapasiti bateri yang paling besar membenarkan jarak operasi sehingga 161 km untuk sekali caj penuh.

Van Arrival ini akan mula melata di atas jalan raya menjelang tahun 2022.
 

Arrival Alpha

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut syarikat itu, model prototaip Car ini direka dengan menggunakan input daripada para pemandu…
Berita Global
Arrival Van ini akan memasuki fasa percubaan tahun ini dengan beberapa rakan perniagaan terpilih…
Berita Global
Jika anda masih ingat, syarikat Arrival telah pun menghasilkan kenderaan ringan komposit berupa…