Menurut syarikat itu, model prototaip Car ini direka dengan menggunakan input daripada para pemandu Uber dan mengambil masa kira-kira enam bulan untuk siap sepenuhnya.

Tiada sebarang spesifikasi didedahkan, namun Arrival Car ini dikatakan mempunyai dimensi yang sama seperti sebuah Volkswagen Golf, serta menampilkan rekaan berkotak untuk memaksimumkan ruang kabin.
Sebagai sebuah EV, ia juga tidak dapat lari daripada rekaan berorientasikan aerodinamik bagi memaksimumkan jarak pemanduan.

Ruang kabin Car ini menampilkan rekaan yang serba minimalis bagi mengurangkan kebergantungan terhadap butang fungsi fizikal.
Skrin tengah itu pula direka untuk memaparkan maklumat penting berhubung perkhidmatan seru-pandu bagi memudahkan segala urusan yang berkaitan.

Walaupun nampak asas, tapi Arrical Car menawarkan ruang kaki dua kali lebih besar berbanding kenderaan yang berdimensi serupa, dan tempat duduk penumpang hadapan juga boleh dilipat dan dialihkan ke depan bagi memaksimumkan ruang kaki penumpang belakang.
Arrival akan mula menguji penggunaan Car di jalan raya pada tahun depan.