Hyundai, Kia labur RM458 juta dalam Arrival - bangunkan kenderaan komersil elektrik generasi berikutnya

oleh Mohamad Hanif|
Gergasi automotif Korea, Kia dan Hyundai telah melabur sebanyak €100 juta (RM458 juta) di dalam syarikat kenderaan elektrik UK Arrival untuk membangunkan kenderaan komersil berkuasa elektrik generasi berikutnya.

Jika anda masih ingat, syarikat Arrival telah pun menghasilkan kenderaan ringan komposit berupa sebuah van kargo yang comel untuk tujuan penghantaran barang.

Ia telah pun menarik perhatian syarikat penghantaran barang seperti UPS untuk menggunakan van-van comel ini untuk penghantaran barang jarak sederhana dan jarak jauh. 
 


Dengan pelaburan besar daripada Hyundai dan Kia, gergasi Korea tersebut akan mendapat akses secara terus kepada platform papan selaju Arrival yang sangat fleksibel dan berupaya menghasilkan beberapa model kenderaan dari pelbagai segmen.

Menurut Arrival, pasaran kenderaan komersil merupakan antara yang pertama untuk mengadaptasi teknologi elektrik pada skala besar, dan produksi kenderaan Arrival bakal memakan kos yang sama atau lebih rendah daripada kenderaan berkuasa konvensional.

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Anda mungkin pernah melihat van berbentuk kotak ini kerana tahun lalu kami juga turut melaporkan ia…