Apabila Bentley dan pembuat kapal pesiar bergabung, ini hasilnya - Bentley super mewah!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Bentley Continental GT Convertible Galene Edition by Mulliner
Bentley Continental GT Convertible Galene Edition by Mulliner
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Permainan orang ada-ada biasanya tidak terhenti setakat memiliki kereta mewah. Ia lebih daripada itu. Peringkat seterusnya ialah memiliki kapal pesiar atau pesawat peribadi.

Itu baru benar-benar kaya.

Ini pula projek istimewa di antara Mulliner yang merupakan bahagian tempahan khas Bentley Motors dengan pembuat kapal pesiar terkemuka Britain, Princess Yachts.

Mulliner bakal mengeluarkan Bentley Continental GT Convertible Galene Edition by Mulliner yang diinspirasikan oleh rekabentuk kapal pesiar mewah.

 

 

Bentley Continental GT Convertible

Edisi khas ini menggunakan enjin Bentley 4.0 liter V8 turbo berkembar yang mampu mengeluarkan kuasa sehingga 507 PS dan tork 660 Nm.

Varian convertible ini didatangkan dengan bumbung boleh lipat dan apabila ditutup mampu menyediakan suasana tenang yang sama seperti model Continental GT coupe.

Direka berdasarkan lautan, kemas dan elegan

Bahagian luaran Continental GT Convertible Galene Edition by Mulliner membawa pengaruh dari warna air laut yang jernih dan kebiruan.

Bahagian luar kereta menggunakan warna Glacier White manakala garis lurus yang mendakap pintu pula berwarna Sequin Blue sebagai lambang perincian dan tanda kehidupan air membiru. 

Penampilan luar diserlahkan lagi dengan roda 21 inci "Propeller Wheels" yang tampak gagah dan maskulin.  

Diinspirasi oleh kapal layar mewah, dihasilkan oleh Mulliner 

 

 

Bahagian dalaman 'objek seni' ini mengambil inspirasi utama dari kemasan dan perincian binaan kapal pesiar dan juga ciri-ciri yang sinonim dengan sebuah Bentley.

Kerusi menggunakan balutan kulit Linen and Portland dengan sulaman tangan bersilang Camel. Panel pintu pula dari jenis Linen, Portland dan Brunel. Untuk papan pemuka, konsol tengah dan perehat lengan, Mulliner membalutnya dengan Brunel dan Camel.

Warna Glacier White pada bahagian luar turut diulang pada panel dan laci papan pemuka. Itu belum memadai apabila laci tersebut dihiasi dengan imej kapal pesiar dengan lukisan tangan yang dibuat oleh artis seni Jaume Vilardell.  

 

 

Selain itu, Mulliner turut menghasilkan kemasan baharu yang dipanggil Pinstripe Walnut. Ia menghiasi bahagian tengah dan konsol papan pemuka dan plet ambang pintu dengan cahaya iluminasi. Ia turut dipasang di lantai but bagi menghasilkan imej kontra pada keseluruhan kereta eksklusif ini.

Hanya 30 unit Continental GT Convertible Galene Edition by Mulliner sahaja bakal dihasilkan untuk pasaran seluruh dunia.

Bentley ini kelihatan lebih sesuai kepada mereka yang sudah atau bakal memiliki kapal pesiar mewah. Ia nampak sempurna sebagai pelengkap kepada objek mewah di atas lautan itu. 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pelanggan ditawarkan tujuh warna riasan seperti Mandarin, Signal Yellow, Klein Blue, Pillar Box…
Berita Global
Adrian Hallmark akan menggantikan Amedeo Felisa sebagai CEO dan bakal memulakan khidmatnya selewat-…
Berita Global
Bersempena dengan ulang tahun kelima pembukaan Pusat Kecemerlangan Pengeluaran Madu, Bentley…