2.8 juta kenderaan guna Lebuhraya Karak, LPT1

oleh Penyumbang Rencana|
Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Anih Berhad menganggarkan sebanyak 1.954 juta kenderaan menggunakan KLK dan 882,000 di LPT1 dalam tempoh 11 hari sempena Aidilfitri.

Pengurus Besar Kanannya, Datin Radzimah Mohd Radzi berkata, peningkatan jumlah kenderaan di KLK melebihi 60 peratus manakala di LPT1 menyaksikan peningkatan yang tinggi melebihi 100 peratus semasa hari-hari puncak cuti hari raya berbanding purata trafik harian.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Menurutnya, aliran trafik dijangka meningkat secara berperingkat ke pantai timur bermula dari 5 hingga 9 April manakala menghala ke arah Barat dari 11 hingga 15 April.

“Anih Berhad telah mengambil langkah-langkah proaktif dengan menyusun rancangan operasi yang strategik demi memastikan kelancaran lalu lintas terutamanya di zon-zon yang menjadi tumpuan.

"Jadual Cadangan Perjalanan (TTA) telah dimuat naik di saluran media sosial serta laman sesawang kami untuk persiapan dan panduan pengguna lebuh raya pulang ke kampung atau bercuti sempena Aidilfitri ini.

"Para pengguna lebuh raya disaran untuk menyemak jadual tersebut bagi memastikan perjalanan lebih selesa, selamat dan efisien," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Informasi
Berkongsi di Facebook, Zairul berkata, kisah itu bermula apabila dia menggunakan aplikasi Google…
Informasi
Selain itu, beliau berkata, kerjasama orang awam merakam video atau gambar jika ada pemandu yang…
Informasi
"Turut ditutup laluan Machang ke Paloh Rawa, laluan Kota Bharu ke Tanah Merah dan simpang Jalan Tok…