ANIH Berhad tingkatkan tahap kesediaan menghadapi musim cuti panjang

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Bagi menghadapi musim cuti panjang hujung tahun ini, pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), ANIH Berhad telah mempertingkatkan tahap kesediaan untuk menerima jumlah peningkatan kenderaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad, Puan Radzimah Mohd Radzi berkata, “Berdasarkan trend lalulintas di lebuhraya KLK dan LPT1, ANIH Berhad menjangkakan jumlah trafik harian di KLK akan meningkat sebanyak 165,000 kenderaan iaitu peningkatan sebanyak 65% dari aliran trafik harian biasa,"

"manakala sejumlah 70,000 kenderaan iaitu peningkatan sebanyak 63% pula akan menggunakan LPT1 bagi tempoh 23-27 Disember ini. Pengguna disarankan mengikuti Cadangan Jadual Perjalanan (TTA) yang telah dikeluarkan demi keselesaan mereka”

Disebabkan musim cuti hujung tahun serentak dengan musim tengkujuh, syarikat itu telah meningkatkan operasi pemantauan di kawasan yang berisiko berlaku banjir.

 

lpt

 

Selain itu, bagi memudahkan aliran trafik di tol lebuhraya tersebut, pihak ANIH Berhad telah menambah tenaga kerja sokongan di semua plaza tol mereka.

Bagi memastikan perjalanan yang lancar, para pengguna diingatkan supaya memeriksa baki e-wallet, kad Touch N'Go atau SmartTag mencukupi sebelum memulakan perjalanan.

Untuk sebarang maklumat terkini, anda boleh ikuti kemas kini di Facebook Lebuhraya Pantai Timur serta Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia atau hubungi mereka di talian 1-700-818-700 (LPT) dan 1800-88-7752 (LLM).

Berita Berkenaan

Informasi
Menurutnya, aliran trafik dijangka meningkat secara berperingkat ke pantai timur bermula dari 5…
Berita Domestik
Pengecualian pembayaran tol itu akan berkuatkuasa bermula 12.01 tengah malam 11 November dan…
Informasi
"Sehubungan itu, semua trafik akan dilencongkan untuk menggunakan laluan arah barat (hala ke Kuala…