Angka prestasi rasmi Ford Mustang Shelby GT500 didedahkan - 760 kuasa kuda, 847 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Setelah lima bulan Ford Mustang Shelby GT500 diperkenalkan kepada umum, akhirnya Ford mendedahkan angka teknikal rasmi daripada enjin 6.2 liter bentangan V8 yang menerima khidmat pengecas lampau Eaton. 

Jika dibandingkan dengan para pesaing rapat seperti Dodge Challenger Hellcat, Chevrolet Camaro dan Chevrolet Corvette, Ford Mustang Shelby GT500 mampu menghamburkan 760 kuasa kuda dan daya kilas 847 Nm
 


Ini bermakna, Ford Mustang Shelby GT500 mempunyai 110 lebih kuasa kuda berbanding Chevrolet Camaro ZL1, 53 kuasa kuda melebihi Dodge Challenger Hellcat dan 5 kuasa kuda melebihi Chevrolet Corvette ZR1. 

Malah, paras kuasa itu turut melangkau beberapa supercar yang lain seperti Porsche 911 GT2 RS, Ferrari F8 Tributo dan juga Lamborghini Aventador SVJ!
 


Kuasa tersebut kemudian disalurkan kepada roda belakang menerusi transmisi klac berkembar (DCT) tujuh nisbah kelajuan daripada Tremec, dan terus kepada aci pemacu (driveshaft) gentian karbon dan LSD daripada Torsen.

Menurut Ford Performance, transmisi DCT ini dipilih kerana keupayaan untuk mengendalikan daya kilas yang tinggi serta mampu menukar gear dengan lebih pantas berbanding jenis torque-converter. 
 


Untuk menghentikan jentera 700 kuasa kuda ini dengan tenang, Ford Performance menggunakan sistem brek Brembo yang lebih besar - rotor bersaiz 16.5 inci dengan angkup enam piston di hadapan manakala rotor 14.6 inci dengan angkup empat piston di bahagian belakang.

Bagi memastikan suhu mekanikal kereta ini sentiasa berada di dalam keadaan optimum, Ford melengkapkan bukan satu, tetapi lapan heat-exchanger yang terletak pada enjin (2 unit), supercharger (2 unit), transmisi (1 unit), pelincir enjin (1 unit), gandar belakang (1 unit) dan kondenser pendingin hawa (1 unit).
 


Sebagai selingan, luangkan masa anda dan nikmati not-not ekzos yang terhasil daripada 760 kuasa kuda Ford Mustang Shelby GT500 ini. 

 

Sumber gambar: DW Burnett, PuppyKnuckles dan Ford.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kepada golongan yang tamak dan gilakan kuasa (bukan iklan pilihanraya), usah risau.   Hennessey…
Berita Global
Ia hanya ditawarkan di beberapa lokasi di Amerika Syarikat, dan boleh didapati dalam dua versi,…
Berita Global
Mustang GT500KR ini menggunakan asas daripada model Mustang Shelby GT500 yang dilengkapi dengan…