Anda kini boleh sewa Mustang 900 hp daripada Hertz

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Mustang American bekerjasama dengan syarikat penyedia sewa kenderaan Hertz untuk menawarkan barisan model Mustang berkuasa tinggi sebagai kereta sewa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia hanya ditawarkan di beberapa lokasi di Amerika Syarikat, dan boleh didapati dalam dua versi, iaitu Mustang GT500-H dan Mustang GT-H.

Ford Mustang Shelby GT500-H dikuasakan oleh nadi V8 supercharger 5.2 liter Predator yang telah ditala semula bagi menghamburkan kuasa setinggi 900 hp, menjadikan kereta sewa yang paling berkuasa pernah ditawarkan oleh Hertz.

Selain itu, ia turut menampilkan hud gentian karbon berliang dengan berat 13.61 kg lebih ringan berbanding komponen asal, diikuti dengan jalur berwarna emas, rim aluminium tempa yang dibaluti tayar berprestasi tinggi, diikuti dengan plak khas yang memperlihatkan angka produksi GT500-H.

Sebanyak 25 unit sahaja Mustang GT500-H yang akan dibina oleh Shelby American, di mana 19 unit dilayangkan dengan warna Shadow Black manakala selebihnya warna Oxford White.
 

Mustang GT-H


Sebagai alternatif yang lebih mesra pengguna, Mustang GT-H boleh didapati dalam versi convertible dan fastback, dimana ia dikuasakan oleh enjin V8 Coyote 5.0 liter yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 450 hp.

Mustang GT-H membawakan rekaan hud yang berbeza berbanding Mustang GT, diikuti gril Shelby, kehadiran winglet, diikuti dengan panel lampu belakang yang dikemaskini, sistem ekzos cat-back Borla, dan rim 20 inci yang dibaluti tayar Michelin.

Mustang GT-H boleh didapati dalam warna Rapid Red Metallic, Oxford White, Carbonized Gray dan Shadow Black, sebelum dikemaskan dengan jalur berkembar emas.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Perjanjian itu datang selepas setengah tahun penstrukturan semula bernilai $4.2 bilion yang telah…
Berita Global
Menurut firma tersebut, pada sasaran awalnya adalah untuk menjadikan 25 peratus daripada firma…
Berita Global
Satu perjanjian yang terbentuk antara Hertz dan Polestar menyaksikan pembelian sekurang-kurangnya…