Anda mahu Toyota GR Supra dengan enjin 2JZ? Kenapa tidak?

oleh Mohamad Hanif|

Jika kita ingin membahagikan kategori para peminat Toyota GR Supra A90 yang baharu ini, terdapat dua kategori besar yang boleh dikelaskan dengan mudah:

1. Golongan yang terima seadanya
2. Golongan "Supra seharusnya datang dengan enjin 2JZ"

Ya, sebagaimana yang kita semua maklum, Toyota Supra yang baharu ini tidak hadir dengan enjin buatan Jepun, sebaliknya ia datang daripada BMW. 

Enjin enam silinder sebaris turbo itu mampu menghasilkan kuasa sekitar 335 kuasa kuda dan daya kilas 495 Nm digandingkan dengan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan.

Baca: Toyota Supra A90 dilancarkan

Baca: Harga Toyota Supra RM2 juta!

 


Namun, golongan kedua yang disebutkan diatas tidak akan dapat menerima hakikat bahawa Toyota Supra dengan nadi BMW, mungkin sehingga akhir hayat.

Usah risau, kerana permintaan golongan kedua ini sebenarnya sedang diusahakan oleh CX Racing, di mana mereka sedang menghasilkan kit penuh beserta enjin 2JZ pada Toyota Supra generasi kelima ini. 

Pihak CX Racing dilaporkan akan membuka tempahan tidak lama lagi khas buat mereka yang mahukan enjin generasi lama JZ. 
 


2JZ-GTE, enjin enam silinder sebaris turbo berkembar itu diproduksikan bermula 1991 sehingga tahun 2002 sebagai pesaing terdekat kepada enjin RB26DETT dari Nissan. 

Dalam keadaan standard mengikut Perjanjian Lelaki Sejati, enjin ini mampu menghasilkan 276 kuasa kuda dan 434 Nm (4,000 rpm), namun secara realistiknya 321 kuasa kuda ini dikira sebagai kacang sahaja bagi Toyota. 

Menariknya, ia tidak hadir buat kali pertama pada Toyota Supra, sebaliknya ia diperkenalkan di dalam sedan empat pintu Toyota Aristo 3.0 V (atau Lexus GS) sebagai homologasi kepada Japanese Grand Touring Car Championship

Disebabkan ia mudah untuk ditala, enjin 2JZ-GTE ini serta-merta menjadi buruan mereka yang gilakan kuasa yang lebih, malah kebanyakan para penala mampu menaikkan kuasa kuda kepada lebih 800 hp!

 

Jadi, bergembiralah kerana terdapat pihak yang mendengar 'rintihan' anda bahawa Toyota Supra sewajarnya didatangkan dengan enjin 2JZ-GTE. 

Baca: Sejarah Toyota Supra

Baca: UMW Toyota bawa masuk Toyota GR Supra ke Malaysia!

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
  Kini memiliki GR Supra lebih mudah apabila Toyota Australia berjaya mendapatkan stok tambahan…
Berita Global
Hanya beberapa pasaran menerima Toyota GR Supra dengan enjin bersesaran yang lebih kecil - 2.0…
Berita Global
Namun, bersempena dengan Hot Lap Supertest yang dianjurkan oleh sebuah penerbitan Jerman, Sport…