VIDEO: Evolusi Toyota Supra - sejarah kereta sports Toyota dulu, kini, dan selamanya

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Supra generasi baharu A90 bakal membuat kemunculan bila-bila masa sahaja dari sekarang setelah beberapa kali dipertontonkan di khalayak umum.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Nama Supra itu sendiri sebenarnya merupakan satu nama yang besar di dalam industri automotif dan Toyota secara amnya dalam menghasilkan sebuah kenderaan yang ikonik kepada dunia. 


Toyota memulakan generasi kereta sports Supra ini menerusi model Celica Supra MA45 pada tahun 1978 menggunakan asas daripada Toyota Celica. 

Walaupun ia diperkenalkan pada tahun 1978,  enjin M-FU enam silinder sebaris 2.0 liter menampilkan teknologi suntikan bahan api elektronik, empat brek cakera pada keempat-empat buah tayar dan ciri cruise control pertama daripada Toyota.

 


Tahun 1981, generasi kedua Celica Supra diperkenalkan dengan dua varian berbeza, L-Type untuk kemewahan dan P-type untuk prestasi dengan enjin enam silinder 1G-GEU 2.0 liter. 

Celica Supra ini menerima talaan suspensi daripada Lotus seperti model yang terdahulu dan turut menampilkan sistem navigasi berkomputer pertama di dunia iaitu Navicon. 
 


Generasi ketiga MA70 Supra memperlihatkan ia kini berdiri di atas nama sendiri dan dikeluarkan daripada barisan nama Celica bermula pada tahun 1986.

Nadi kuasa telah dipertingkatkan kepada enjin 7M-GE/7M-GTE berkapasiti 3.0 liter selain menerima sistem suspensi kawalan elektronik sepenuhnya serta ciri pilihan brek ABS 3 saluran. 

MA70 boleh dikatakan Supra yang paling seimbang reka bentuknya jika dibandingkan dengan model-model Supra yang lain.


 


Pada tahun 1990, model A70 menerima nadi enjin 1JZ-GTE bersesaran 2.5 liter, Torsen LSD, stereng Momo dan juga tempat duduk Recaro. 

Pada tahun 1993, generasi keempat Supra memasuki pasaran menerusi model A80 dengan dua pilihan enjin, 2JZ-GE dan 2JZ-GTE turbo berkembar dan beberapa penambahbaikan kepada casis itu sendiri seperti titik graviti yang rendah dan sistem brek daripada teknologi F1. 

Ini merupakan antara model Supra yang paling berjaya membintangi beberapa siri filem barat dan juga menjadi watak sampingan di dalam animasi Initial D dan juga Wangan Midnight (bukan KL Wangan yang entah apa apa itu). 

Saksikan klip video yang dihasilkan oleh Cars Evolution dibawah untuk mendalami secara ringkas sejarah Toyota Supra yang ikonik ini. 

 


Generasi terkini Supra kini sedang menunggu masa untuk dilancarkan setelah beberapa info teknikal sudah pun tertiris di laman internet yang mendedahkan penggunaan enjin daripada BMW serta pembahagian berat yang ideal 50:50. 

Sedikit maklumat yang kami tahu, Supra bakal hadir dengan dua varian enjin, iaitu enjin empat silinder daripada BMW dengan kod enjin B48B20 berkuasa turbo yang mampu menghasilkan 262 kuasa kuda, dan enjin BMW B58B30 lima silinder dengan kuasa setinggi 335 hp. 

Sumber: Cars Evolution

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pemangku Ketua Polis Batu Pahat, Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata pemuda tempatan…
Berita Global
Program khas tersebut bakal bermula pada 15 Januari hingga 30 Jun tahun 2024, khusus untuk…
Berita Global
  Walaupun berasal dari Jepun, tidak semua kereta Toyota direka di sana. Seawal 1973 lagi Toyota…