Toyota Supra GRMN 2024 dikesan di Nurburgring - aerodinamik dipertingkat, nadi S58 543 hp?

oleh Mohamad Hanif|
Sumber gambar: Drive AU
Toyota kini sedang giat menguji kereta sports GR Supra baharu di Litar Nurburgring berdasarkan imej intip yang diperoleh daripada laman Drive.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Toyota Supra GRMN - singkatan kepada Gazoo Racing Meisters of the Nurburgring - bakal menduduki tangga teratas sebagai model kereta sports edisi terhad dengan peningkatan dari segi prestasi dan kuasa.
 

Supra


Antara perubahan yang boleh dikesan (berdasarkan pelekat samaran) ialah:
-bampar depan dengan canard dan splitter hadapan baharu
-spoiler belakang kekal
-rim aloi bersaiz 20 inci
-rotor dan angkup brek yang lebih besar

Apa yang masih lagi menjadi misteri ialah nadi yang bakal menduduki bawah bonet Supra GRMN ini.

Berdasarkan laporan daripada Best Car, Toyota telah berjaya memperoleh sebilangan unit enjin S58 (BMW M3, BMW M4) yang mampu menjana kuasa setinggi 543 hp.
 

Supra


Ini bermakna, Supra GRMN nyata lebih berkuasa berbanding GR Supra standard yang dibekalkan dengan enjin B58 (382 hp/500 Nm).

Laporan itu turut mendakwa enjin S58 itu akan dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan yang sebelum ini digunakan pada M2 2021.

Selain daripada itu, Supra GRMN dikatakan akan menjadi model pengakhiran kepada produksi Supra A90 sedia ada, di mana ia akan ditamatkan pengeluarannya pada tahun 2025 atau 2026.

Sumber: Drive AU

Berita Berkenaan

Berita Global
Dijadualkan untuk menerjah pasaran pada tahun ini, Toyota Supra GRMN bakal membawakan nadi inline-…