Alexander Nanta - KKR cadang wajibkan lorong motosikal di lebuh raya baharu

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Setiap pembinaan lebuh raya baharu di masa hadapan wajib menyediakan lorong khas laluan motosikal bagi menjamin keselamatan penunggang.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, cadangan itu merupakan antara yang diselitkan dalam Rancangan Pembangunan Rangkaian Lebuhraya (HNDP).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Di masa hadapan apabila dirancangkan pembinaan lebuh raya baharu, kita mungkin boleh letakkan syarat untuk wajib (bina) lorong motosikal. (Walaupun) ia akan beri implikasi terhadap kos, tetapi kita prihatin nyawa.

"Dalam HNDP, KKR mungkin akan buat dasar dan diangkat ke kabinet untuk mewajibkan lebuh raya yang bakal dibina mesti ada lorong motosikal.

"Selagi belum buat, sekarang kita lakukan yang terbaik dengan melebarkan jalan untuk beri laluan kepada mereka (penunggang motosikal)," katanya ketika Program Town Hall Rakyat yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Rabu.

Menurut Ahli Parlimen Kapit itu, ketika ini pelebaran jalan sedang giat dilakukan namun mengakui tidak mudah dilaksanakan ekoran tiada ruang sesuai di laluan jalan sedia ada.

Justeru beliau menjelaskan, KKR melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) akan memperbanyakkan tempat berteduh penunggang motosikal dibina di lebuh raya seluruh negara di bawah Inisiatif Bitara Malaysia Madani: Kementerian Kerja Raya.

"Kita tambah dan perbanyakkan lagi tempat berteduh untuk penunggang motosikal semasa musim hujan.

"Kementerian dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bekerjasama dengan syarikat konsesi lebuh raya dan saya difahamkan, kita menepati sasaran tahun ini," ujarnya.

Sebelum ini media melaporkan, sebanyak 119 tempat berteduh penunggang motosikal akan dibina di lebuh raya membabitkan 33 syarikat konsesi.

Jumlah itu merupakan tambahan daripada 353 tempat berteduh motosikal yang sudah tersedia sebelum ini.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Sepanjang tempoh tersebut, transaksi pembayaran tol menggunakan kaedah SPT mencatatkan sebanyak 2.…
Berita Domestik
"Buat masa sekarang kita tiada hasrat mansuhkan tol terbabit kerana kena faham kita memerlukan…
Berita Domestik
Beliau berkata bagi kerja dan projek penyelenggaraan yang dilakukan JKR, daripada 9,349 kerja-kerja…