Alexander Nanta - 6.25 juta transaksi tol guna kad debit, kredit dalam 4 bulan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Sebanyak 6.25 juta transaksi menggunakan Sistem Pembayaran Tol Secara Terbuka (SPT) melalui kad debit dan kredit direkodkan bagi tempoh Oktober 2023 hingga Februari 2024.

Menteri Kerja Raya (KKR), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 68.17 peratus menggunakan kad debit manakala selebihnya menggunakan kad kredit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Sepanjang tempoh tersebut, transaksi pembayaran tol menggunakan kaedah SPT mencatatkan sebanyak 2.1 peratus daripada keseluruhan mod pembayaran tol di 11 lebuh raya.

“Ia termasuk Lebuh Raya Besraya, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE), Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) dan Lebuh Raya Butterworth – Kulim (BKE).

“Selain itu, Lebuh Raya Duta – Ulu Klang (Duke), Lebuh Raya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX) serta Terowong SMART,” katanya di Dewan Negara pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Senator Datuk Ahmad Ibrahim berkaitan peratusan pengguna yang menggunakan kad debit dan kad kredit di kesemua konsesi tol lebuh raya yang menyediakan perkhidmatan SPT.

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan II Abd Malik Abd…
Berita Domestik
"Saya telah mendapat pengesahan bahawa usaha pembinaan plaza tol di kawasan tersebut tidak…
Berita Domestik
Jadi katanya, perkara itu perlu dikaji semula oleh syarikat-syarikat pengendali lebuh raya kerana…