Aksesori khemah bumbung untuk MINI Cooper SE, Cooper SE Countryman ALL4

oleh Mohamad Hanif|
Para penggemar aktiviti outdoor sudah pasti mahukan kelengkapan aksesori yang bersesuaian untuk dipasang pada kenderaan mereka, seperti kotak bumbung, dapur mudah alih dan sebagainya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk para peminat MINI pula, syarikat automotif tersebut kini menawarkan pemasangan khemah bumbung untuk model-model seperti Cooper SE EV atau crossover PHEV Countryman ALL4.

Dipasang atas rel bumbung yang tersedia, khemah tersebut mampu dibuka dan ditutup kembali dengan mudah dengan bantuan spring gas, sementara kemudahan tangga aluminium yang boleh dilipat pula memudahkan pergerakan turun naik.

 


Khemah itu juga turut didatangkan dengan jaring penghalau nyamuk yang boleh dilipat untuk aliran udara yang lebih baik.

Menurut MINI, pemasangan khemah bumbung itu tidak memberikan kesan kepada aspek aerodinamik kedua-dua model tersebut.

MINI Cooper SE merupakan crossover elektrik yang mampu menghasilkan 184 PS dengan jarak operasi sejauh 234 km, serta mempunyai ruang kargo sebesar 731 liter apabila tempat duduk baris kedua dilipat.

 


Sementara MINI Cooper S Countryman ALL4 pula datang dengan trenkuasa hibrid 217 hp dan boleh bergerak tanpa setitis bahan api sejauh 59 km.

Ruang kargo crossover PHEV itu mampu memuatkan barangan sebesar 405 liter, atau 1,275 liter apabila tempat duduk baris kedua dilipat.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menariknya, beliau tidak memilih untuk bermalam di hotel mewah yang berdekatan.   Sebaliknya…
Gaya Hidup
Secara tidak langsung, ia mampu mengenepikan model-model minivan kotak yang kerap bermaharajalela…
Berita Global
Selain berpotensi untuk meredah laluan-laluan off-road, Suzuki Jimny juga sebenarnya boleh…