CEO Porsche berkhemah atas 911 Turbo S untuk menyaksikan Le Mans 24H

oleh Mohamad Hanif|
Acara perlumbaan 24 jam Le Mans baharu sahaja berlangsung beberapa minggu yang lalu di Circuit de la Sarthe, dan antara yang mencuri tumpuan ialah kehadiran CEO Porsche, Oliver Blume itu sendiri untuk menyaksikan perlumbaan tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menariknya, beliau tidak memilih untuk bermalam di hotel mewah yang berdekatan.
 

911


Sebaliknya Oliver Blume turun padang di Porsche Employee Camp - satu lokasi unik dikhaskan untuk pekerja Porsche menikmati perlumbaan - dengan sebuah Porsche 911 Turbo S berwarna hitam yang lengkap dengan aksesori khemah bumbung!

CEO berusia 55 tahun itu menghabiskan masa dua malam berkhemah di atas Porsche 911 Turbo S dan mengakui ia merupakan satu pengalaman yang cukup selesa, selain dapat menikmati atmosfera unik yang ditawarkan di Employee Camp.
 

911

 

Menerusi Porsche Tequipment, pemilik Porsche boleh memasang aksesori khemah bumbung yang mampu memuatkan dua orang dewasa, lengkap dengan tilam polifoam, tingkap sisi, sistem pencahayaan asli, serta ciri kalis air.

Selain daripada Porsche 911 Turbo S, khemah bumbung tersebut boleh dipadankan pada model seperti Panamera, Taycan (termasuk Taycan Cross), Macan dan juga Cayenne.

Khemah bumbung Porsche Tequipment itu mula dijual pada November lalu, dan boleh didapati dalam skema warna hitam/kelabu cair atau hitam/kelabu gelap dengan harga jualan bermula dari $7,029 (RM32,797).

 

Porsche Employee Camp

 

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Ia bertujuan untuk memberikan peluang kepada para pengamal media serta individu pempengaruh…
Berita Global
Sebelum Porsche memperoleh kemenangan pertama di dalam kejuaraan Rali Paris-Dakar pada tahun 1984,…
Berita Global
Pengeluar tersebut menggunakan sebuah 911 GT2 RS yang dilengkapi dengan kit prestasi tinggi Manthey…