Ubah Kia Carnival jadi campervan mewah, kos bermula RM71 ribu sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Kami di Careta sangat berpuas hati dengan apa yang ditawarkan oleh model minivan Kia Carnival generasi baharu, baik dalam versi 11 tempat duduk ataupun versi tujuh tempat duduk yang lebih selesa.

Secara tidak langsung, ia mampu mengenepikan model-model minivan kotak yang kerap bermaharajalela di atas lebuh raya dengan rupa paras dan pakej yang menawan.

Di luar sana, sudah terdapat beberapa contoh Kia Carnival diubah menjadi sebuah campervan.
 

Kia


Kali ini, syarikat UniCamp telah menghasilkan khemah bumbung jenis pop-up kustom yang dijual pada harga bermula $16,000 (RM71,312).

Khemah bumbung tersebut diperbuat daripada plastik jenis ‘reinforced thermosetting’ dan boleh dipadankan dengan warna badan yang sama.

Apabila dibuka, ia mampu menawarkan ruang untuk dua orang tidur dengan selesa, dan boleh ditutup dalam masa lima saat sahaja.
 

kia


Selain daripada khemah bumbung, UniCamp juga sedang membangunkan opsyen untuk memuatkan tempat tidur tambahan, serta dapur luar modular untuk Kia Carnival.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dua darinya ialah caravan treler, satu dengan kapatisi tempat tidur untuk empat orang berharga…
Berita Domestik
Diinspirasikan daripada acara gaya hidup outdoor tahunan terbesar di Jepun FIELDSTYLE, OTG 2024…
Berita Global
Salah satu yang bakal dipamerkan ialah produk terbaharu Ergoster, tempat duduk semi-bucket yang…