AirAsia Ride - AirAsia beli syarikat e-hailing Dacsee?

oleh Mohamad Hanif|
Kira-kira dua bulan yang lalu, AirAsia mengumumkan perkhidmatan seru-pandu terbaharu menerusi hantaran yang dibuat oleh CEO-nya, Tony Fernandes di laman web media sosial LinkedIn.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan hantaran tersebut, Tony menjanjikan perkhidmatan seru-pandu yang serba baharu, jauh berbeza daripada apa yang ditawarkan oleh Grab dan Uber, serta memenuhi citarasa AirAsia yang lebih dikenali sebagai syarikat penerbangan tambang murah.

Turut disertakan adalah gambar barisan armada kenderaan yang bakal digunakan, terdiri daripada 10 unit Toyota Alphard dan Vellfire.

Tiada sebarang butiran lanjut didedahkan, dan menurut khabar angin, terdapat kemungkinan AirAsia mengambil alih salah sebuah syarikat perkhidmatan seru-pandu iaitu Dacsee berdasarkan tangkap layar yang menerangkan kemunculan perkhidmatan baharu AirAsia Ride.
 

AirAsia Ride


Semakan dibuat terhadap laman web rasmi Dacsee juga tidak menemukan sebarang informasi, apatah lagi kali terakhir Dacsee mengemaskini berita adalah sekitar dua tahun yang lalu, malah laman Facebook dan Instagram Dacsee juga tidak dikemaskini sejak Jun lalu.

Dengan pengumuman berkenaan AirAsia Ride ini, pihak AirAsia boleh mengintegrasikan perkhidmatan seru-pandu mereka ke dalam jadual penerbangan, semuanya di dalam satu aplikasi sahaja.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Baru-baru ini, syarikat ride-hailing Bolt itu telah menyenaraikan di LinkedIn untuk jawatan…
Berita Global
Terbaharu, Geely mengumumkan mereka akan hadir dengan sebuah lagi jenama baharu iaitu Cao Cao…
Berita Global
Menurut syarikat itu, model prototaip Car ini direka dengan menggunakan input daripada para pemandu…