Geely umum satu lagi jenama baharu – Cao Cao Automobile

oleh Mohamad Hanif|
Sehingga ke saat ini, sudah terdapat beberapa buah jenama automotif yang dipegang oleh Geely, termasuklah Volvo, smart, Lynk & Co, serta jenama elektrik seperti Geometry, RADAR Auto dan juga Zeekr.

Terbaharu, Geely mengumumkan mereka akan hadir dengan sebuah lagi jenama baharu iaitu Cao Cao Automobile, dan model pertama Cao Cao 60 akan muncul pada 29 Mac ini.

Untuk makluman, Geely sebelum ini telah pun mengoperasikan jenama Cao Cao Mobility sebagai sebuah perkhidmatan seru-pandu.

Jenama baharu ini juga dikatakan akan menghasilkan kenderaan yang dikhususkan untuk perkhidmatan seru-pandu.
 

China


Cao Cao Mobility merupakan sebuah platform ride-hailing pertama yang menggunakan kenderaan tenaga baharu, dan turut menyediakan perkhidmatan sewa kereta di 62 buah negara termasuklah di Beijing, Shanghai dan Guangzhou.

Antara model yang digunakan termasuklah kereta elektrik Geometry A  dengan jarak gerak sehingga 600 km, serta MPV Ruilan Maple 80V yang menyokong teknologi penukaran bateri yang disumberkan daripada Ruilan Auto.

Ruilan Auto pula merupakan sebuah lagi projek kerjasama antara Geely dengan Lifan yang memfokuskan kepada penghasilan EV dengan teknologi bateri boleh tukar.

Sumber: Car News China

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam ujian yang diselia secara rasmi oleh Guinness World Records, sedan PHEV itu berjaya mencatat…
Berita Global
Geely Berpotensi Gunakan Kilang Valencia Untuk EX2 Menurut laporan tersebut, langkah ini…
Berita Global
Sistem tersebut dijangka akan digunakan secara meluas pada model utama seperti Geely Monjaro dan…