Aidiladha: ANIH Berhad jangka peningkatan trafik 50 peratus ke Pantai Timur

oleh Mohamad Hanif|
Menjelang musim perayaan Aidiladha tidak lama lagi, ANIH Berhad menjangkakan peningkatan jumlah trafik yang menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT2) lebih 50 peratus bermula Rabu (29 Julai) sehingga Ahad (2 Ogos).

Menurut Pengarah Eksekutif ANIH Berhad, Dato' Nik Fauzi Tan Sri Nik Hussein berkata, jangkaan peningkatan trafik itu berikutan orang ramai mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman susulan pergerakan merentas negeri yang dibenarkan sempena sambutan Aidiladha, Jumaat ini. 

Serentak itu, semua kemudahan awam di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan hentian sebelah di dua lebuh raya kendalian ANIH Berhad akan dibuka kepada pengguna. 

Namun, orang awam perlu memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan serta penjarakan sosial selaras dengan saranan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) juga turut dikeluarkan oleh ANIH Berhad menerusi laman media sosial syarikat, Twitter @LPTTrafik dan Facebook Lebuhraya Pantai Timur bagi membantu melancarkan perjalanan rakyat Malaysia. 

Selain daripada itu, pihak ANIH Berhad akan bekerjasama dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa bagi memastikan kelancaran perjalanan sepanjang musim perayaan ini. 

Tidak dilupakan, para pengguna dinasihatkan untuk memastikan baki nilai kad Touch 'n Go (TNG) sentiasa mencukupi memandangkan tiada sebarang urusan transaksi tambah nilai dibenarkan. 

Pusat Khidmat Pelanggan di plaza tol pula dihadkan operasinya dari jam 8.30 pagi sehingga 5.30 petang untuk mengurangkan risiko penularan COVID-19. 
 

Berita Berkenaan

Informasi
Anih Berhad dalam kenyataan memaklumkan penutupan selama 2 jam 15 minit itu, bermula di susur…
Berita Domestik
Keadaan trafik di laluan masih terkawal dan lancar, di mana para petugas dari ANIH dan Lembaga…
Berita Domestik
Ini kerana kerja-kerja pembersihan dan pembaikan di sepanjang laluan tersebut telah siap, dan…