Ahmad Zahid - Penyelesaian segera, menyeluruh atasi masalah kesesakan jalan raya sebelum 2030

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Jalan Raya akan bermesyuarat sebanyak empat kali tahun ini bagi mencari penyelesaian kepada masalah kesesakan jalan raya.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Jawatankuasa Kabinet yang kali pertama bermesyuarat hari ini memutuskan beberapa penyelesaian segera dan menyeluruh membabitkan beberapa agensi termasuk Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kerja Raya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Bagi penyelesaian menyeluruh, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mensasarkan masalah diselesaikan pada 2030 tetapi kami putuskan dalam mesyuarat tadi, masalah ini mesti diselesaikan lebih awal daripada 2030.

"Kita akan letak tarikh sasaran baharu bagi penyelesaian menyeluruh dan telah meminta pihak PBT dan majlis bandaraya beberapa bandar seperti Shah Alam dan kawasan berdekatan, untuk memberi input kepada mesyuarat jawatankuasa teknikal," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet pada Selasa.

Turut hadir Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Jelas Ahmad Zahid, antara penyelesaian segera yang dicadangkan termasuklah koordinasi jalan raya serta pengurangan penutupan laluan yang membabitkan pembinaan, pembukaan laluan-laluan kontra khususnya pada waktu puncak dan mempergiatkan promosi berkenaan penggunaan pengangkutan awam.

Katanya lagi, jawatankuasa tersebut juga akan membincangkan dan mencari penyelesaian bagi masalah kesesakan jalan raya pada musim perayaan.

"Kita ambil kira juga masalah kesesakan pada waktu perayaan di lebuh raya, kerana kita dapat lihat seperti sambutan Aidilfitri baru-baru ini, pemberian tol percuma tidak menyelesaikan masalah," katanya.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Informasi
Menurutnya, lalu lintas dijangka kekal sesak di kedua-dua pusat pemeriksaan darat itu, pada Jumaat …
Informasi
Menurutnya, setiap hari statistik kemalangan jalan raya dan kematian akan dikeluarkan secara 'real…
Berita Domestik
  Tambah beliau, isu tersebut sememangnya dalam perhatian kerajaan malah Jawatankuasa Khas Kabinet…