Kesesakan Tambak Johor: Kerajaan kaji cadangan feri JB-Singapura

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memberitahu Dewan Rakyat pada Khamis bahawa kerajaan sedang meneliti beberapa cadangan mengurangkan kesesakan di Tambak Johor.

Menurutnya, ia termasuk cadangan mewujudkan perkhidmatan feri menghubungkan kedua-dua negara, terutamanya dari Johor Bahru ke Singapura.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

 

Tambah beliau, isu tersebut sememangnya dalam perhatian kerajaan malah Jawatankuasa Khas Kabinet juga ditubuhkan bagi membincangkan masalah tersebut.

“Kita sedang cuba melihat pelbagai cara, melibatkan koordinasi daripada pelbagai agensi untuk mengurangkan masa yang kita perlukan untuk menyeberangi Tambak Johor itu.

“Antara perkara diambil perhatian, umpamanya kaunter untuk kemasukan dari Singapura, untuk membayar caj, sudah disatukan.

“Sudah tentunya ia menjimatkan masa tapi ada pelbagai cara lain juga, seperti menambah lorong motosikal, kaunter dan memastikan semua kaunter itu digunakan sepenuhnya.

“Kita rasa bukan mudah untuk kita selesaikan kesesakan ini. Dari segi jangka masa panjang, bila siap projek RTS (Sistem Transit Rapid), ia dapat menyuraikan kesesakan di Tambak Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) yang membangkitkan isu kesesakan di Tambak Johor dalam Dewan Rakyat pada Khamis.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Ini merupakan satu perancangan yang kita katakan antara keutamaan. Kita ada lebuh raya LEKAS dan…
Informasi
"Bagaimanapun bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan lebih selesa, PLUS telah membuat…
Berita Domestik
"Laluan ini termasuk bahagian yang ditinggikan sepanjang kira-kira 1.4 km yang melibatkan empat…