Menurutnya, lalu lintas dijangka kekal sesak di kedua-dua pusat pemeriksaan darat itu, pada Jumaat dan Sabtu.
Malah, katanya, lalu lintas juga dijangka sesak pada Ahad ini apabila pengembara pulang selepas keluar dari Singapura.
"Justeru, pengembara yang menggunakan pusat pemeriksaan darat terbabit dinasihatkan mengambil kira masa menunggu untuk pelepasan imigresen," katanya.
ICA sekali gus berharap pengembara memahami dan memberikan kerjasama dengan bersabar, mematuhi peraturan lalu lintas, memandu mengikut lorong dan bekerjasama dengan petugas di lokasi, apabila melalui pusat pemeriksaan berkenaan nanti.