Adakah ini rupa sebenar SUV Elektrik Mustang?

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa keping imej rekaan berbantu komputer (CAD) yang dipercayai diperoleh daripada sumber rasmi telah mendedahkan rupa sebenar SUV Mustang yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Malah, laman web Allcarnews turut mengambil inisiatif memperkemaskan lagi lakaran sedia ada bagi menampakkan rupa sebenar SUV Elektrik yang diinspirasikan daripada Mustang itu. 

Berdasarkan imej tersebut, anda boleh dapati beberapa elemen Mustang yang diterapkan pada SUV tersebut, seperti penggunaan lampu utama di hadapan dan belakang. 
 

gambaran artis berkenaan rupa akhir SUV Mustang

Ford juga sebelum ini telah menerbitkan sebuah gambar acah yang memaparkan profil sisi SUV Mach-E, di mana anda boleh nampak garis bumbung yang rendah yang menjadi trend SUV berprestasi tinggi masa kini. 

SUV Mach-E akan diperkenalkan secara rasmi pada 17 November ini mendahului acara LA Auto Show. 

 


Antara info yang sudah diketahui adalah jarak operasi yang mampu mencecah 482 kilometer berdasarkan EPA, atau 600 kilometer berdasarkan data kitaran WLTP. 

Tunggu sahaja beberapa minggu lagi untuk pengenalan rasmi Ford Mach-E yang bakal menggegarkan arena SUV elektrik berprestasi tinggi ini. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Vinfast VF3 secara asasnya merupakan sebuah SUV elektrik kecil dua pintu dengan rekaan badan yang…
Berita Global
Samalah juga halnya dengan Porsche Macan EV yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, di mana…
Berita Global
Toyota bZ4X itu juga boleh bersiap sedia untuk acara-acara tertentu apabila diperlukan.   Menurut…