4 model CKD Kawasaki muncul tahun ini - Ninja 250, Ninja 250 ABS, Z250 ABS dan Vulcan S

oleh Mohamad Hanif|
Berdasarkan perjanjian pengkhusan Modenas-Kawasaki, jenama Modenas akan menumpukan perhatian pada model 250 cc hingga 650 cc terlebih dahulu untuk pasaran Malaysia.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Jadi untuk tahun ini, Modenas dijangka akan memperkenalkan sehingga empat buah model Kawasaki pemasangan Gurun, iaitu:

  • Ninja 250
  • Ninja 250 ABS
  • Z250 ABS
  • Vulcan S

Pihak pengamal media turut diberikan peluang melihat sendiri barisan pengeluaran baharu untuk pemasangan model-model Kawasaki di Kilang Modenas, Gurun.

Dan buat pengetahuan, barisan pengeluaran baharu itu sudah pun sedia memasang beberapa unit Ninja 250 ABS dan Z250 di mana wakil daripada Kawasaki Jepun dan Kawasaki Thailand turun sendiri untuk melihat dan memantau kualiti pemasangan di kilang Modenas, Gurun.
 

Z250


Menurut CEO Modenas, Encik Roslan Roskan berkata, dengan adanya barisan pengeluaran baharu itu, mereka mensasarkan angka produksi berjumlah 200 hingga 300 unit setiap bulan bagi model berenjin dua silinder bersesaran 250 cc.

Tambahnya lagi, tiga model pertama akan dilancarkan terlebih dahulu dalam masa terdekat, iaitu Ninja 250, Ninja 250 ABS dan Z250 ABS, sementara model Vulcan S pula bakal menyusul menjelang penghujung tahun ini.

Untuk perancangan akan datang, Modenas akan menambah barisan pengeluaran bagi menampung penambahan jumlah model Kawasaki yang bakal ditawarkan kelak (termasuk model Versys-X 250, Versys 650), dan akan menyediakan sebuah lagi barisan produksi untuk pemasangan enjin-enjin Kawasaki dengan sasaran untuk mencapai 33-35 peratus kandungan tempatan.

 

SE


Untuk model motosikal bersesaran yang lebih besar, Kawasaki Malaysia bakal melancarkan sehingga empat buah model CBU untuk pasaran Malaysia menjelang hujung tahun ini.

Empat model yang dimaksudkan itu adalah Ninja 1000, SX, ZX-10R, Versys 1000 SE dan Z900 RS.

Selain daripada itu, Kawasaki juga bakal membawa masuk model-model yang popular sebelum ini secara berperingkat bermula tahun depan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Hadir dengan lencana Kawasaki, Ninja ZX-6R baharu itu juga merupakan model pemasangan tempatan (CKD…
Pelancaran Motosikal
Menjadi penyambung legasi kepada Vulcan 500,  Modenas Eliminator 500 hadir sebagai model cruiser…
Berita Domestik
Pengenalan logo baharu itu selaras dengan tumpuan Modenas terhadap pengembangan global, teknologi…