Mercedes-Benz dirikan kediaman mewah 67 tingkat di Miami, jangka siap 2027

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz bakal mengikut jejak langkah pengeluar automotif mewah lain seperti Aston Martin, Bentley dan Porsche dengan terdirinya sebuah menara pencakar langit baharu di Miami, Amerika Syarikat yang bakal diduduki tahun 2027.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menara Mercedes-Benz Places setinggi 67 tingkat itu bakal menempatkan sehingga 791 unit kediaman mewah, terdiri daripada unit studio sehinggalah kepada unit kondominium tiga bilik tidur dan penthouse yang lebih mewah.
 

merc


Selain daripada unit kediaman, ia juga bakal mempunyai kemudahan ruang pejabat sebesar 200,000 kaki persegi, fasiliti kesihatan dan kecergasan, 174 buah bilik hotel, dan ruang letak kereta yang mencukupi untuk meletakkan pelbagai jenis model buatan jenama Jerman itu.

Bangunan menara kediaman tersebut direka dengan bantuan daripada pasukan rekaan Mercedes-Benz itu sendiri.
 

mami


Difahamkan, mereka menggunakan pendekatan ethos "Sensual Purity" yang sama digunakan untuk membangunkan model-model kenderaan Mercedes, diikuti dengan kemasan perak, hitam dan putih - menyerupai kemasan yang wujud pada model Mercedes yang sebenar.

Bangunan yang terletak di Brickell, Miami ini dibina dan dibangunkan oleh JDS Development, di mana bakal pembeli bakal menikmati kehidupan urban yang eksklusif, lengkap dengan pemandangan indah Miami, Biscayne Bay, serta lautan Atlantik.
 

merc


Harga jualan bermula dari $550,000 (RM2,617,715) untuk unit kondo versi studio, sehinggalah $4 (RM19.03) juta untuk unit tiga bilik, sementara harga jualan untuk unit penthouse yang lebih mewah pula masih belum didedahkan.

Pengasas firma perunding hartanah Condo Vultures, Peter Zaleski berkata menyifatkan cara yang digunakan oleh Mercedes-Benz (dan mana-mana pengeluar kereta mewah) merupakan satu situasi menang-menang untuk kedua-dua pihak pengeluar dan pembangunan hartanah.

"Pengeluar automotif bukan saja berpeluang menambah hasil pendapatan, jika mereka didagangkan secara terbuka ia merupakan satu cara terbaik untuk memperkukuhkan penyata kewangan tahunan sesebuah syarikat."

 

Baca: Aston Martin dedah rekaan rumah mewah di Tokyo

Baca: Bentley dirikan unit kediaman mewah di Miami

Baca: Kediaman mewah ini ada lif khas untuk angkut naik kereta Bentley

Sumber: Miami Herald

Berita Berkenaan

Berita Global
Lif tersebut dikenali sebagai Dezervator, sebagai satu penghormatan kepada rakan kerjasama Dezer…