Bentley bakal jual 200 unit apartment mewah di Miami, siap dengan garaj dan lif khas untuk kereta!

oleh Mohamad Hanif|
Pada masa akan datang, golongan yang kaya raya makan tak habis tujuh keturunan berpeluang untuk membeli apartment mewah yang bakal menerima sentuhan daripada pengeluar automotif mewah, Bentley.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengeluar automotif itu kini bekerjasama dengan firma seni bina terkemuka dunia Sieger Suarez Architects and Dezer Development untuk membangunkan kediaman berjenama Bentley bertempat di Sunny Isles Beach, Miami setinggi 60 tingkat.

Menariknya, kesemua 200 unit apartment mewah ini bakal mempunyai garaj yang tersendiri yang merupakan sebahagian daripada unit apartment, serta lif khusus untuk membawa kereta Bentley anda naik ke rumah sendiri!

Setiap kediaman juga turut menjanjikan kemudahan seperti balkoni peribadi, kolam renang, sauna, serta kemudahan umum seperti gimnasium, spa, restoran, bar dan kebun lanskap.

 

gambar hiasan, sumber Damian Bilinski


Konsep kemewahan bukan sahaja menjadi identiti kediaman ini, malah ia juga turut menggunakan bahan mesra alam, binaan yang mampu mengurangkan pencemaran cahaya, sekaligus menerima kelulusan daripada Florida Green Bulding Council (FLGC) bagi melindungi spesies penyu laut yang terancam.

Pembinaan kediaman mewah Bentley ini akan bermula pada tahun 2023 dan dijangka siap menjelang tahun 2026.

Bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi pautan https://bentleyresidences.com/.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata hasil…
Berita Global
Tobe yang menetap di Margate, bersama isteri dan empat anaknya sering kali memberi peringatan…
Berita Domestik
  Pakar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)…