Aston Martin dedah rekaan rumah mewah empat tingkat di Tokyo

oleh Mohamad Hanif|
Bukan satu perkara mengejutkan apabila pengeluar automotif menceburi bidang hartanah, malah jenama mewah seperti Bentley turut hadir dengan binaan apartment yang mewah di Amerika Syarikat.

Tidak seperti Bentley, Aston Martin pula mahu bergerak dalam skala yang lebih kecil, dengan memperlihatkan rekaan rumah mewah empat tingkat yang terletak di Jepun.
 

aston martin


Rumah empat tingkat yang terletak di Omotesando, suburban Minami Aoyama itu direka menerusi kerjasama dengan syarikat Jepun VIBROA.

Tidak dinyatakan saiz sebenar rumah ini, namun ia menampilkan pelbagai kemudahan mewah yang biasanya wujud pada kediaman golongan T1, seperti ruangan bersantai di atas bumbung, ruang penyimpanan minuman keras, home theater, gimnasium, dan spa.
 

001


Terdapat juga ruang garaj (atau nama rasminya Automotive Gallery) yang mampu memuatkan dua buah kereta pada satu-satu masa.

Menurut Marek Reichman, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kreatif di Aston Martin menjelaskan rekaan rumah ini banyak mendapat inspirasi dan pengaruh daripada budaya Tokyo yang kaya dengan sejarah dan penggayaan yang menakjubkan.
 

001


Difahamkan, pembinaan rumah serba mewah yang sudah bertuan ini dijangka siap menjelang penghujung tahun hadapan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Model 'super grand tourer' DB12 itu dilihat menampilkan beberapa pembaharuan terutama pada bahagian…
Berita Global
Bercakap kepada Financial Times, Stroll menjelaskan, "Ada satu ungkapan, dan saya tidak percaya…
Berita Global
Dengan pelaburan tersebut, kumpulan automotif Geely kini menjadi pemegang saham ketiga terbesar…