Kotak gear DAT GR Yaris mampu jadi pengubah permainan - Toyota

oleh Mohamad Hanif|
Bukan lagi satu rahsia, Toyota kini sedang membangunkan transmisi automatik yang bakal dikhususkan untuk kereta-kereta sports Gazoo Racing.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia dimulakan dengan kemunculan Toyota GR Yaris yang dipadankan dengan dua pedal pada acara Toyota Gazoo Rally Racing Challenge di Jepun pada awal tahun 2022.

Toyota menggunakan penglibatan di dalam sukan rali dan Super Taikyu sebagai medan untuk mempercepatkan pembangunan sebelum model-model GR dengan transmisi auto baharu ini dijual kepada umum.
 

GR


Akio Toyoda menjelaskan, "(transmisi Direct Automatic Transmission, DAT) bakal menjadi pengubah permainan. Walaupun berdepan banyak halangan, kami telah berjaya menamatkan perlumbaan Super Taikyu baru-baru ini.

"Satu perkara yang saya belajar di dalam Super Taikyu ialah, walaupun saya telah merapatkan jurang dengan pemandu professional, perbezaan masa disebabkan penukaran gear merupakan satu perkara yang berbeza.

"Setiap kali saya menukar gear (GR Yaris manual) di laluan lurus, saya akan kehilangan 0.2 saat, dan setelah dua kali penukaran gear, saya tertinggal 0.5 saat di belakang.
 

DAT


"Dengan transmisi automatik baharu ini, saya tidak menghadapi masalah kehilangan masa semasa menukar gear, dan jurang masa antara (kereta) saya dan pelumba pro lebih kecil daripada biasa. Saya boleh tumpukan perhatian pada kawalan stereng, brek dan pecutan.

Jelasnya lagi, "saya benar-benar mahu menjadikan transmisi ini satu kenyataan, untuk lebih ramai orang memandu kereta-kereta (Gazoo Racing), terutama mereka yang hanya memandu automatik untuk menikmati sukan permotoran.

Tidak dapat dipastikan sama ada kotak gear DAT ini bakal ditawarkan untuk model-model GR yang lain, seperti GR86, dan GR Supra.

Baca: Toyota bangunkan GR Yaris dengan transmisi auto 8-kelajuan

Baca: Toyota GR Yaris 2024 bakal dapat gear auto, 300 hp!

Baca: Toyota percepat pembangunan GR Yaris Auto menerusi sukan rali

Sumber: Toyota Times

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini bermakna, Golf GTI 380 yang telah dilancarkan sebelum ini merupakan model terakhir Golf GTI…
Berita Global
Namun untuk memenuhi permintaan pasaran yang semakin mengecil mungkin satu halangan yang sukar, dan…
Berita Global
Menurut laporan Autoblog, Nissan Z 2023 varian automatik itu dilengkapi dengan kotak gear…