Toyota GR Yaris 2024 bakal dapat kotak gear auto, kuasa 300 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Satu perkara baik yang wujud pada Toyota masa kini ialah kesudian mereka untuk terus menambahbaik produk-produk pantas GR sedia ada.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Terima kasih kepada penglibatan berterusan di dalam sukan permotoran, Toyota kini boleh menggunakan pengalaman dan pengetahuan bagi menjadikan barisan produk tersebut sentiasa dikemaskini.

Menurut laporan terkini daripada laman automotif Jepun Best Car Web, Toyota GR Yaris bakal mendapat kemaskini pertengahan kitaran pada tahun 2024.
 

YARS


Ia bukan sekadar membawakan perubahan dari sudut kosmetik, akan tetapi GR Yaris bakal mendapat peningkatan kuasa serta opsyen transmisi automatik buat kali pertama.

Menurut Best Car, angka output GR Yaris akan dipertingkatkan supaya dapat menyaingi kuasa GR Corolla (300 hp/370 Nm), diikuti dengan padanan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan.
 

gr corolla


Perubahan kosmetik akan dihadkan kepada bahagian bampar, diikuti dengan pemasangan spoiler belakang yang besar.

Sementara ruang kabin GR Yaris akan dipadankan dengan skrin kluster digital bagi menggantikan meter analog sedia ada, sama seperti apa yang ditawarkan pada abangnya GR Corolla.

Sumber: Best Car Web

Berita Berkenaan

Berita Global
Ya, enjin sama yang wujud pada hot hatch GR Yaris itu dikatakan akan digunakan pada Lexus LBX,…
Berita Global
Walaupun baharu sahaja diperkenalkan pada tahun 2021, jangka hayat generasi kedua Toyota GR86…
Berita Domestik
“Tiada sebarang pembayaran wang tempahan dan juga tiada sebarang pembayaran deposit daripada Pekin…