Toyota bangunkan GR Yaris dengan kotak gear auto 8-kelajuan!

oleh Mohamad Hanif|
Berita baik buat golongan yang lebih menggemari pemanduan hot hatch yang sporti dengan kaki kiri yang rileks sepanjang masa.

Toyota dilaporkan sedang membangunkan hot hatch GR Yaris yang dilengkapi dengan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan.

Menurut laman automotif Jepun Car Watch, jentera prototaip bertransmisi auto itu turut dipamerkan pada acara Toyota Gazoo Rally Racing Challenge di Jepun, baru-baru ini.
 

GR Yaris


Difahamkan, transmisi yang digunakan merupakan kotak gear automatik konvensional jenis torque converter, serta dilengkapi dengan mod manual bagi membolehkan pemandu menukar gear dengan penggunakan paddle shifter, seperti yang diperlihatkan pada rajah yang disertakan.

Menurut Timbalan Pengerusi Toyota Motor Corporation Shigeru Hayakawa menjelaskan, penawaran kotak gear itu bukan sahaja untuk penjimatan bahan api, akan tetapi menyumbang kepada pemanduan yang lebih menyeronokkan dengan penukaran gear yang lebih cepat dan lancar.
 

GR Yaris


Malah, Hayakawa turut berseloroh dengan mendakwa beliau telah pun 'merosakkan' transmisi ini sebagai sebahagian daripada fasa pembangunan model tersebut.

Setakat ini Toyota tidak mendedahkan perincian lanjut berkenaan kemungkinan untuk menghasilkan GR Yaris bertransmisi automatik, namun ia merupakan satu perkembangan yang menarik untuk melihat potensi sebenar yang bakal ditunjukkan oleh hatchback kecil ini.

Sumber: Car Watch

Berita Berkenaan

Berita Global
CEO baharu Toyota, Koji Sato dalam satu kenyataan mendedahkan bekas CEO terdahulu, Akio Toyoda kini…
Berita Global
Siapa sangka, kereta yang paling laris terjual di Eropah itu kini sudah pun memasuki generasi…
Berita Global
GR Yaris telah ditampilkan dengan 4 konsep baharu dan 2 darinya bakal dijual secara rasmi untuk…