Kenstomoto keluarkan Demolisher

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pakar motosikal custom modern tempatan, Kenstomoto sekali lagi membuatkan hati peminat-peminat motosikal bergegar dengan rekaan terbaharunya.

Menurut Kenny Yeoh, pemilik jenama Kenstomoto itu, model modifkasi kali ini sangat kompleks tetapi hasilnya cukup menggiurkan. Motosikal Benelli TNT 600 milik Mohd Firdaus Kadir ini memang sangat lain dari bentuk asalnya.

Menurut Firdaus yang berusia 35 tahun dan berasal dari Kuala Trengganu, ini ialah motosikal besar pertama beliau.

“Saya sebenarnya kaki kereta. Saya memandu Volkswagen Golf GTI 2006, tetapi setelah mula belajar dan memiliki motosikal berkuasa tinggi, terasa lebih seronok,” ujar Firdaus yang sering ke litar Sepang samada dengan kereta ataupun motosikal beliau.

24-Kenstomoto Beneli-11

Motosikal Benelli ini sudah berusia dua setengan tahun dan sudah tiga kali di-customised-kan. Kali ini, Firdaus sangat-sangat berpuas hati dengan hasil kerja Kenstomoto.

“Saya cerewet, dan bila saya lihat hasil kerja Kenny, saya rasa dia memang layak untuk lakukan modifkasi ketiga untuk Benelli saya. Bila siap, Benelli saya bukan setakat lebih cantik, tapi Kenny pastikan kondisi motosikal dalam keadaan bersih dan berkilat. Malah, saya kira ia lebih bersih dan berkilat dari semasa saya terima motosikal ini di kedai semasa membelinya,” terang Firdaus.

Kenny berkata kerja modifikasi kali ini memang sedikit rumit, tetapi ada beberapa komponen penting sudah siap dilakukan oleh Firdaus dan ia memudahkan sedikit kerja beliau.

“Seluruh bahaigan ekor saya buang, termasuk sub-frame Benelli ini. Kemudian saya buat sub-frame baharu. Selepas empat kali mencuba, sub-frame keempat itu yang paling sesuai.’ terang Kenny. Menariknya, ruang dibawah pelana masih kekal, dengan kunci standard masih digunakan.

Modifikasi selama tiga bulan ini juga melibatkan proses pendawaian baharu, bahagian depan yang direndahkan, handle-bar yang ditukar dan tapak baru untuk handle-bar dan isyarat shift gear.

Seperti biasa, Kenny akan menggunakan teknologi tinggi untuk menghasilkan rekaan beliau. Detail halus seperti logo dan jenama Kenstomoto dilakukan dengan menggunakan laser etching.

Cantik bukan? Untuk info lanjut tentang Kenstomoto, lawati Facebook Kenstomoto dan jika mahu baca model Kenstomoto yang pertama iaitu Kenstomoto P650 R yang dibina berasaskan Kawasaki ER6-N, baca laporan Careta.

 

Di bawah ialah video Firdaus dan Kenny dan motosikal masing-masing. Dengarkan deruman ekzos Benelli Firdaus yang garang itu. Khabarnya, ekzos tersebut dilakukan oleh seorang pakar di Nilai. Dan lihat gambar-gambar motosikal mereka di galeri di bawah video.

 

 

Tags

Berita Berkenaan

Uncategorized
Acara ini akan diadakan pada 28 - 29 Julai 2018 di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS).…
Berita Domestik
Kerap kali kita mendengar kes-kes kemalangan jalan raya yang melibatkan bas ekspress, sehingga…
Gaya Hidup
Walaupun motosikal ini ialah projek keempat beliau selepas P650R, BOBR dan MechaStallion, Ju…