Art of Speed 2018 bakal gegar Malaysia hujung bulan ini!

oleh Mohamad Hanif|
Art of Speed, acara tempatan Ol-Skool & Kustom Kulture Malaysia kembali dengan acara tahunannya untuk semua peminat kereta dan motor, mempamerkan seni kustom tempatan yang terdiri daripada kereta dan motosikal yang diubahsuai serta restorasi, galeri seni, aktiviti interaktif dan hadiah cabutan bertuah yang sangat menarik!
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Acara ini akan diadakan pada 28 - 29 Julai 2018 di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS). Art of Speed 2018 (AOS 2018) dibuka untuk lawatan dari jam 11:00 pagi hingga 7:00 petang yang mensasarkan lebih 40,000 pengunjung untuk dua hari.

 


Antara acara yang akan menarik perhatian termasuklah Art of Speed Invitational Bike Build Off 2018 yang menyaksikan pertembungan rekaan daripada 8 pembina khas Malaysia dan Singapura seperti Kenstomoto, Rusti Factory, Soul Garage dan sebagainya bagi merebut hadiah wang tunai berjumlah RM15,000

 


Selain daripada itu, HotWheels yang menyambut ulang tahun ke-50 mereka dengan membawa Pengurus Reka Bentuk Global HotWheels, Dmitriy Shakhmatov ke acara Art of Speed dan turut membawakan pratonton khas RWB Porsche 911 bersaiz sebenar yang menjadi model Ulang tahun ke-50 HotWheels. 

Pengurus pasaran atas talian terbesar di Malaysia iaitu Mudah.my kini dilantik sebagai Vendor Motorsikal Rasmi menjalinkan kerjasama khas dengan Pa’Din Musa yang akan membina sebuah motorsikal streetcub yang akan diumumkan pada acara ini kelak.  

 


Meneruskan tradisi untuk menginspirasikan komuniti tempatan, penganjur sekali lagi membawa masuk kenderaan vintaj dan ubah suai yang mengkagumkan dari luar negara, seperti Nau Shima & Yuki Hitomi (Tokyo Indians MC), Shige Suganuma (Mooneyes) yang akan membawakan Harley-Davidson Sportster MQQN Digger Show Bike 1978 dan MQQN Bug Drag Race Car 1954.

Selain daripada itu, pelbagai lagi acara pertunjukan kereta klasik, retro, dan juga olskool bakal menanti para pengunjung serta pandu uji motosikal daripada Indian Motorcycles dan Royal Enfield. 

Khidmat foodtruck juga disediakan bagi para pengunjung menjamu selera ketika berkunjung ke Art of Speed 2018 bertempat di MAEPS, Serdang. 

Tiket masuk berharga RM15 untuk pengunjung dewasa manakala tiket lorong pantas pula boleh didapati bermula pada pukul 10.00 pagi berharga RM30.00

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara tersebut telah berlangsung di Dewan A Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) selama…
Berita Domestik
Diinspirasikan daripada acara gaya hidup outdoor tahunan terbesar di Jepun FIELDSTYLE, OTG 2024…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya telah…