Honda Civic EG diubahsuai jadi hatchback elektrik!

oleh Mohamad Hanif|
sumber: Youtube CB Media
Idea menukar trenkuasa asal kenderaan berenjin kepada kit motor elektrik bukanlah satu perkara yang asing pada masa ini, disebabkan harga jualan kenderaan elektrik yang masih lagi agak mahal untuk sesetengah pihak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terdapat beberapa syarikat luar sudah pun mula menawarkan projek masing-masing, malah ada syarikat Malaysia juga sudah pun mula menjalankan modifikasi yang serupa.
 

EV


Di negara jiran kita Thailand, sebuah kedai ECU Shop menawarkan solusi bagi mereka yang mahu mengubah kereta-kereta lama menjadi sebuah EV, seperti yang ditunjukkan pada Honda Civic EG ini.

Difahamkan, Honda Civic EG EV ini mampu menjana kuasa setinggi 250 hp dan daya kilas 596 Nm, sebelum dipadankan dengan transmisi sekuential bagi menjadikan pemanduan hatchback ini lebih mengujakan.
 

EV


Sementara pek bateri pula diposisikan pada bahagian belakang untuk menawarkan nisbah pengagihan berat badan yang lebih ideal.

Selain daripada itu, ECU Shop juga turut mempunyai koleksi jentera yang hebat, termasuklah trak drag Isuzu D-Max dan Hilux, Nissan Silvia S15 convertible, dragster berenjin 2JZ serta sebuah supercar Lamborghini Gallardo Superleggera.

 


Baca: Honda tak suka EV bertransmisi manual
Baca: Toyota buat projek AE86 EV bertransmisi manual
Baca: Nissan dedah teaser Skyline GT-R R32 EV

Sumber: Youtube CB Media

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika anda sendiri terlibat atau mengikuti suasana dunia modifikasi, sudah tentu anda pernah melihat…
Gaya Hidup
Nampaknya, pasukan Hot Wheels giat dan aktif memperkenalkan barisan model diecast yang menarik…