Nissan mahu hasilkan GT-R R32 berkuasa elektrik

oleh Mohamad Hanif|
Nissan baru-baru ini melancarkan kempen teaser sebuah projek untuk menghasilkan Nissan Skyline GT-R berkuasa elektrik.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Nyata sekali, ia bukanlah projek generasi baharu Nissan GT-R R36, sebaliknya mereka menggunakan asas daripada sebuah Nissan Skyline GT-R R32 yang sudah berstatus klasik itu.

Tidak banyak info didedahkan buat masa ini, namun yang anehnya Nissan turut memuat naik sebuah video teaser berdurasi 20 saat di mana ia mempunyai runut bunyi enjin R32 yang sedang dihidupkan dan dibiarkan melahu.

 


Menurut Nissan, projek R32EV ini dimulakan oleh seorang jurutera yang baru menyertai syarikat itu kerana minat yang mendalam terhadap model Godzilla.

Disebabkan sejak azali lagi Nissan Skyline GT-R R32 popular dengan sistem pacuan semua roda AWD, Nissan mungkin akan memasang trenkuasa dua motor elektrik, diikuti dengan posisi pek bateri yang difikirkan bersesuaian untuk mengekalkan bentuk badan klasik R32 itu.

Apa yang mungkin sukar untuk direalisasikan ialah mengekalkan karakteristik pengendalian Skyline GT-R setelah projek ini selesai.

 


Menariknya, projek R32 EV ini muncul tidak lama selepas Toyota memperlihatkan projek AE86 Carbon Neutral, terdiri daripada AE86 BEV Concept, dan AE86 H2 Concept pada awal tahun yang lalu.

Berdasarkan kisah di sebalik tabir, pemandu uji Toyota Masahiro Sasaki memuji pengendalian yang ditawarkan oleh AE86 BEV Concept dan H2 Concept di mana ia menyamai apa yang ditawarkan oleh model asal berenjin pembakaran dalaman 4A-GE.

Untuk anda peminat tegar enjin pembakaran dalaman, adakah anda bersedia untuk menggantikan tempat yang diduduki oleh enjin lagenda RB26 dengan trenkuasa elektrik?

Baca: AE86 Carbon Neutral Project - Kisah Di Sebalik Tabir

Baca: Toyota AE86 H2 dan AE86 BEV - kereta lagenda guna hidrogen dan bateri!