Disebabkan itu mereka tampil dengan idea untuk meletakkan transmisi manual yang disimulasikan, setidak-tidaknya untuk diguna pakai pada kereta elektrik berprestasi tinggi kelak.
Namun, Honda tidak suka dengan idea tersebut.

Menurut CEO Honda, Toshihiro Mibe dan ketua unit elektrifikasinya, Shinji Aoyama dalam temubual oleh Car and Driver mendedahkan mereka mungkin tidak akan membangunkan transmisi manual palsu untuk dimuatkan pada EV mereka.
"Kita boleh melakukannya, namun dari sudut mekanikal, ia bukan mudah," ujar Aoyama yang merujuk simulasi transmisi manual ini seperti 'lanjutan terhadap kawalan bunyi aktif'.
Beliau menambah, mereka lebih gemar mencari jalan lain untuk menjadikan EV lebih mengujakan dan seronok untuk dipandu, seperti teknologi bateri, pengaturcaraan serta kejuruteraan motor elektrik dan unit pacuan terus.

Kesemua ini dilihat merupakan faktor penting dalam membezakan pemanduan sesebuah kenderaan elektrik.
Jelas Mibe, adalah penting bagi EV jenama Honda menawarkan sesuatu yang berbeza daripada pesaing dari segi pengalaman pemanduan, namun beliau menambah, "saya tidak pasti sama ada kita boleh menggantikan peranan transmisi manual.

Untuk mereka yang masih lagi mahukan sebuah kereta Honda yang sedap untuk dipandu, Honda telah melancarkan model hot hatch Civic Type R dan Civic Si, di mana kedua-dua model tersebut masih lagi ditawarkan dengan transmisi manual.
Tidak ketinggalan, Acura Integra, sedan fastback lima pintu yang dibangunkan daripada platform Civic, dan penawaran transmisi manual yang hanya boleh didapati pada varian tertinggi sahaja.
Sumber: Car & Driver