Toyota AE86 H2 dan AE86 BEV, kereta legenda guna hidrogen dan bateri!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota AE86 H2 Concept
Toyota AE86 H2 Concept
Toyota pada masa sekarang memang hebat dan boleh dilihat pada kepelbagaian produk yang ditawarkan bagi memenuhi keperluan dan kehendak segenap lapisan pengguna.

Segenap pengguna bermaksud pelanggan kereta berprestasi tidak diabaikan dan untuk itu Toyota menghidangkan pelbagai pilihan dari GR Yaris hingga GR Supra.

Jika pilihan itu terlalu 'hardcore', Toyota menawarkan varian GR Sport dan usahkan sedan atau hatchback, pikap Hilux pun ada versi GR Sport!

Satu lagi agenda ialah Toyota mahu mencapai neutral karbon. Toyota mensasarkan untuk menyediakan lebih banyak pilihan dengan menawarkan barisan produk penuh.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02
Toyota AE86 BEV Concept

 

Untuk kesemua kenderaan baharu menjadi neutral karbon akan memakan masa dan apa lagi tindakan Toyota?

Agenda neutral karbon untuk kenderaan baharu dan juga kenderaan yang sedang digunakan oleh pengguna.

Apa yang dimaksudkan oleh Toyota diterjemahkan di dalam bahasa mudah iaitu, AE86 H2 Concept dan AE86 BEV Concept.

Iya saudara dan saudari, model legenda AE86 diubah suai dengan pemasangan set hidrogen dan bateri.

AE86 H2 Concept (kenderaan enjin-hidrogen)

 

Toyota AE86 H2 Concept

 

Kenderaan dengan teknologi hidrogen bukan setakat duduk di makmal penyelidikan dan pembangunan (R&D) Toyota. 

Di beberapa pasaran terpilih Toyota menawarkan Mirai yang sudah pun memasuki generasi kedua.

Bukan namanya Toyota jika tidak memanfaatkan sukan permotoran dan Corolla dengan enjin hidrogen digunakan di dalam perlumbaan Super Taikyu di Jepun.

Presiden Toyota, Akio Toyoda pula menunjukkan kepimpinan dengan memandu GR Yaris H2 di dalam Peringkat Istimewa (SS) 11 Kejohanan Rali Dunia (WRC) di Belgium.

 

Toyota AE86 H2 Concept

 

Projek AE86 dengan teknologi hidrogen ini dibangunkan menggunakan pengetahuan yang diperolehi TGR dan ROOKIE Racing di dalam siri perlumbaan Super Taikyu.

Terima kasih kepada Toyota kerana menyediakan gambar ruang but yang menyerlahkan enjin 4AGE dengan kepala silinder biru.

Untuk projek ini, dua buah tangki simpanan hidrogen dari Toyota Mirai dipasang pada bahagian belakang.

Ubah suai lain melibatkan pemancit bahan api, saluran bahan bakar dan palam pencucuh.

 

Toyota AE86 H2 Concept

 

AE86 BEV Concept (kenderaan bateri elektrik/BEV)

Untuk sebuah lagi AE86, Toyota menggunakan kombinasi motor elektrik Tundra HEV dan bateri Prius PHEV dan beberapa lagi komponen lain.

Selain itu, dengan teknologi elektrifikasi yang diperolehi Lexus, badan AE86 yang ringan dan keseimbangan di antara depan dan belakang dikekalkan sebanyak mungkin.

Satu isu tentang kenderaan elektrik ialah keseimbangan berat kerana komponen elektrik seperti bateri bukan ringan.

 

Toyota AE86 BEV Concept

 

Di dalam kabin ada batang gear manual dan sebuah EV dengan transmisi manual memang satu pakej menarik.

Apa lagi yang menarik tentang kedua-dua kereta konsep ini?

Toyota bekerjasama dengan pengeluar aksesori bagi menggunakan kerusi yang diperbaiki, tali pinggang keledar dan pelapik tali pinggang keledar yang dibuat daripada bahan kitar semula.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Toyota AE86 BEV Concept

 

Berita Berkenaan

Informasi
Namun begitu, bekas presiden dan CEO Akio Toyoda berpendapat Toyota seharusnya menawarkan lebih…