Datuk Bandar NY mahu banteras kes kecurian kereta Hyundai, Kia guna Apple AirTag

oleh Mohamad Hanif|
Datuk Bandar New York, Eric Adams berazam untuk menangani kes kecurian kenderaan Hyundai dan Kia di bandar tersebut dengan menggunakan Apple AirTag.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Police1, Datuk Bandar itu meminta para pemilik kenderaan untuk membeli dan meletakkan peranti Apple AirTag di dalam kenderaan mereka.

Langkah tersebut turut disokong oleh Ketua Polis NYPD, John Chell.

"Muat turun aplikasi ke dalam peranti pintar, letakkan AirTag di mana sahaja yang anda mahukan dalam kereta. Apabila AirTag mula bergerak, ia akan menghantar notifikasi pada peranti pintar anda," jelasnya.

Menerusi kerjasama dengan badan bukan berasaskan keuntungan Association for a Better New York, sebanyak 500 unit AirTag akan didermakan kepada pemilik kenderaan di bandar tersebut.

Tidak seperti kes-kes jenayah utama yang mencatatkan trend penurunan, kes kecurian kenderaan meningkat sebanyak 13 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas, dengan hampir 4,500 unit kenderaan dilaporkan telah dicuri.

Sumber: Police1

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut The Post, kontroversi yang diperkatakan adalah kebimbangan tol tersebut akan memasuki…
Berita Global
Pihak berkuasa Metropolitan Transportation Authority (MTA) baru-baru ini telah berjaya menahan 44…
Berita Global
  Ini merupakan kejadian kebakaran kedua di lokasi yang sama dalam tempoh sembilan bulan, kata…