Pihak berkuasa New York rampas 44 kereta culas bayar tol

oleh Mohamad Hanif|
Insiden culas bayar tol bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah ia juga sebenarnya satu masalah yang besar di bandar-bandar utama dunia, seperti contoh New York.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pihak berkuasa Metropolitan Transportation Authority (MTA) baru-baru ini telah berjaya menahan 44 buah kenderaan, dengan jumlah bayaran tol dan saman tertunggak mencecah $1 juta (RM4.67 juta).
 

ny


Operasi yang dibuat di Verrazano-Narrows Bridge antara 12 hingga 15 Disember itu turut menemukan seorang pemilik SUV Range Rover dengan jumlah bayaran tertunggak melebihi $52,000 (RM242,970)!

Menurut Pengerusi dan CEO MTA, Janno Lieber mendedahkan modus operandi yang kerap digunakan ialah dengan melindungi nombor pendaftaran daripada dikesan kamera, atau menggunakan nombor pendaftaran palsu.
 

ny


"Ia satu perkara yang tidak betul apabila pemandu di dalam Mercedes dan Porsche menggunakan jambatan dan terowong kami, dan kemudian culas membayar tol berjumlah ribuan dollar."

Sepanjang tahun ini, pihak berkuasa berjaya menahan 2,705 buah kenderaan yang didapati culas membayar tol, dengan peningkatan kes sebanyak 50 peratus berbanding tahun lalu.

Sumber: NY Post

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Video berdurasi 15 saat itu tular di media sosial yang memaparkan aksi kereta dipercayai mengikut…
Berita Domestik
  Pemandau lelaki tersebut telah ditahan di Plaza Tol Dato' Keramat malam tadi (Selasa) menurut…
Berita Domestik
  Menerusi perkongsian di laman Facebook Motor Mok Mung, daripada jumlah itu, lebih 50 peratus…