Empat maut dalam kebakaran berpunca daripada bateri basikal elektrik di New York

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari The New York Times
Empat penduduk di Chinatown, New York maut akibat kebakaran sebuah kedai membaiki basikal elektrik pada awal Selasa, lapor agensi berita Jerman (dpa).


Dua warga emas berada dalam keadaan kritikal selepas kebakaran memusnahkan HQ E-Bike Repair, sebuah kedai di tingkat bawah rumah enam tingkat di Jalan Madison sekitar 12:15 pagi waktu tempatan, menurut Jabatan Bomba New York City (FDNY).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ini merupakan kejadian kebakaran kedua di lokasi yang sama dalam tempoh sembilan bulan, kata pegawai dan seorang saksi.

Kebakaran dicetuskan oleh bateri ion litium, dan kedai yang sama pernah disaman dua kali sebelum ini kerana melanggar peraturan keselamatan, menurut petugas penyiasat kebakaran FDNY.

Kebakaran dan asap merebak dengan cepat ke pangsapuri di tingkat atas bangunan.

Kebakaran yang disebabkan oleh bateri basikal elektrik semakin menjadi-jadi di bandar ini, dengan 13 kematian daripada 108 kejadian direkodkan pada tahun ini, kata Pesuruhjaya FDNY Laura Kavanagh.

Kedai basikal Chinatown itu telah disaman dua kali sejak 2021 kerana melanggar peraturan, termasuk membabitkan sistem pendawaian dan bilangan bateri di premisnya.

Pemiliknya didenda sebanyak US$1,600 selepas menerima saman tahun lalu, kata pegawai.

Dua wanita dan dua lelaki maut, manakala seorang lelaki berumur 80 tahun dan seorang wanita berumur 65 tahun kini dirawat di hospital, menurut pihak berkuasa.

Mangsa ketujuh mengalami kecederaan ringan.

 

Video di bawah:

 

 

 

Bernama