Tekno Careta

Tekno Careta: NOS bagai ledakan kuasa tambahan

on

NOS: Nitrous Oxide System

NOS merupakan kependekan dari nitrous oxide system iaitu penggunaan gas nitrus oksida yang disimpan dalam tangki dan disuntik kedalam ruang pembakaran enjin bagi meningkatkan jumlah oksigen. Ini meningkatkan lagi kuasa yang dikeluarkan oleh enjin namun hanya untuk masa yang singkat iaitu selagi masih ada bekalan gas nitrus oksida tersebut. Sistem ini jauh lebih murah dan ringkas berbanding penggunaan turbo atau supercharger yang memerlukan peralatan dan pemasangan kompleks dan lebih mahal, tetapi lebih berterusan dan tidak memerlukan bekalan gas seperti NOS.

Penggunaan nitrus oksida sebagai peningkat prestasi enjin telah digunakan sejak awal Perang Dunia Kedua lagi sebenarnya. Pesawat perang banyak menggunakannya untuk meningkatkan kelajuan di udara untuk menambahkan keupayaannya. Pada akhir Perang Dunia Kedua, enjin jet telah dicipta dan industri penerbangan mula hilang minat dalam pesawat berkuasa enjin beromboh atau piston.
Selama hampir tiga puluh tahun, penggunaan nitrus oksida dalam enjin kenderaan merupakan seakan rahsia istimewa. Para pelumba, baik kereta mahupun motosikal, mula berjinak dengan suntikan nitrus oksida dari semasa ke semasa dengan keputusan yang berbeza-beza. Sehinggalah ke tahun 70-an penggunaannya mula disempurnakan. Dalam tempoh beberapa tahun, NOS mula terbukti sebagai bentuk simpanan kuasa tambahan yang cekap untuk mendapatkan peningkatan prestasi, dengan pemasangan kit mudah. Ia dikuatkan lagi dengan populariti perlumbaan drag pada 80-an dan kini diminati semula mungkin kerana pengaruh siri filem The Fast & Furious……

large05168nos

 

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *