Berita Domestik

Perodua akan lancar beberapa model baharu antara 2017 – 2021

on

Pemangku Pengurus Besar Kanan Perodua Manufacturing Sdn Bhd, Mohd Saifuzzaman Mohammad mengesahkan bahawa Perodua akan melancarkan beberapa model dalam rancangan lima tahun syarikat itu dari 2017 hingga 2021.

Saifuzzaman seterusnya menerangkan kelima-lima model itu akan meneruskan persaingan Perodua dalam segmen kenderaan kompak dan kesemuanya akan mengenengahkan enjin-enjin bertaraf EEV (Kenderaan Cekap Tenaga).

Saifuzzaman ditemuramah oleh Bernama sewaktu penyerahan rasmi lima unit mesin perkomputeran (CNC) terpakai untuk pembuatan enjin kenderaan kepada Universiti Malaysia Perlis (UniMap) di Kampus UniCITI di Sungai Chuchuh.

Perodua dan UniMAP telah menjalinkan kerjasama strategik sejak lima tahun lalu di mana Perodua memberikan latihan praktikum dalam suasana sebenar industri automotif kepada penuntut UniMap.

daihatsu boon

Kelima-lima model itu tidak diberitahu oleh Saifuzzaman, namun begitu secara logiknya, ia sepatutnya merangkumi model terbaharu Myvi yang bakal dilancarkan dalam suku keempat tahun ini.

Model-model lain yang dijangkakan ialah model pengganti Alza, model facelift Axia dan Bezza dan satu model untuk segmen baharu Perodua.

Perodua sudah sekian lama mencari model baharu untuk diperkenalkan bagi mengembangkan port folio produk mereka yang hanya terdiri dari empat model sahaja.

Antara model yang pernah dikaji oleh Perodua untuk diperkenalkan di Malaysia ialah Daihatsu Copen dan Daihatsu Move RS.

Daihatsu Copen ialah kereta sport dua tempat duduk dengan bumbung yang boleh dibuka.

Daihatsu Copen yang bermaksud Coupe + Open sebenarnya lebih mirip kepada konsep Smart kerana pemilik boleh membeli beberapa jenis badan untuk dipasang pada chassis Copen.

Daihatsu Copen yang bermaksud Coupe + Open sebenarnya lebih mirip kepada konsep Smart kerana pemilik boleh membeli beberapa jenis badan untuk dipasang pada chassis Copen.

Move RS pula pernah diperkenalkan di sini di bawah nama Kenari. Tidak mustahil model Kenari terbaharu boleh dilancarkan kembali.

Move Rear Careta

 

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *