Berita Domestik

Jualan Boon Siew Honda melonjak 132 peratus

on

Boon Siew Honda (BSH) menutup tahun fiskal 2016 mereka dengan pencapaian jualan yang meningkat sebanyak 132 peratus.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pengarah Eksekutif BSH, Nobuhide Nagata, untuk memenuhi permintaan pasaran, BSH telah membahagikan produk mereka kepada tiga kategori.

  • Sports
  • Gaya hidup
  • Premium

Untuk produk Sports, BSH mempunyai model RS 150R yang terus membawa nama Honda kembali ke zaman kegemilangan mereka.

Antara aktiviti yang dilakukan ialah mengadakan konvoi RS 150R dengan 180 peserta, konvoi 80 penunggang superbike Honda dari Sadao ke Sepang sempena MotoGP dan pengenalan Limited Edition Wave Dash sebanyak 1,500 unit dan warna-warna baharu untuk model CB/CBR 500 dan CB/CBR650F.

Bagi produk gaya hidup, Honda Beat dilancarkan kepada penuntut-penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia. Kemudian, Honda MSX125 diperkenalkan dan juga 500 unit Honda EX5 Fi Special Edition dibina. Wave Dash Fi pula menerima warna “military camo” kelabu dan rekaan geometric untuk memberikan ia lebih gaya.

BSH menggunakan model PCX untuk segmen premium mereka dan juga Wave Alpha yang turut diberikan sentuhan gaya premium.

Sasaran BSH untuk tahun fiskal 2017 ialah peningkatan sebanyak lima peratus peningkatan dalam pegangan pasaran.

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *