Motosikal

ZEV T3-1 Micro- skuter elektrik 3 tempat duduk

on

ZEV T3-1 Micro, sebuah skuter elektrik yang nampak agak aneh seperti teksi tiga roda di negara India. Skuter ini tertutup sepenuhnya dan lebih sesuai digunakan untuk perjalanan jarak dekat atau mungkin hantar anak-anak ke sekolah.

micro 7

Skuter ini mempunyai satu pintu, tempat duduk tunggal di hadapan,brek pada hendal, termasuk pengelap cermin hadapan. Cerminnya juga boleh diturunkan serta dilengkapi dengan sistem audio.

Bahagian belakang dengan ukuran lebar 35 inci mungkin boleh memuatkan dua orang kanak-kanak atau seorang dewasa.

micro 5

Mempunyai kuasa 5.4hp dan mampu dipacu sehingga 50kmj dengan jarak maksimum 78km untuk bateri silika. Walaubagaimanapun, pengguna boleh menaik taraf pakej bateri lithium  yang mampu mencapai dipacu untuk jarak 110km.

micro 3

ZEV T3-1 Micro ini mampu membawa  berat beban sehingga  163kg.  Harga yang ditawarkan bagi pakej bateri silika dengan jarak maksimum 78km dijual  pada  harga $5490 (RM24,312.46) dan $8990 (RM39,812.21) bagi pakej bateri lithium.

Sumber dan gambar dari:newatlas.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *