Motosikal

JB Style dari Nin Monday!

on

Bermula dari sekeping gambar Honda RS150R custom yang disimpan di dalam bilik hotel, cerita mengenai Nin Monday mula menular di dalam dunia media sosial.

Careta kemudian menghubungi Nin melalui Facebook beliau dan kemudian melawat bengkel Nin di Johor Bahru untuk melihat sendiri Honda RS150R Nin itu.

Nyata, anak jati Kampung Melayu Pandan, Johor Bahru ini sangat-sangat berbakat. Malah, beliau sebenarnya sudah lama dikenali oleh kaki ubahsuai motosikal di kawasan Johor Bahru.

nin-monday-2016-48

Nin Monday sebenarnya ialah nama Facebook beliau. Nama sebenar Nin ialah Ihtnin Katimon tetapi beliau lebih dikenali sebagai Nin (bunyinya Nen). Sudah berkahwin dengan Yasika Ibrahim dan mempunyai dua cahaya mata. Sebenarnya, yang bongsu dilahirkan pada pagi hari yang sama kami melawat Nin di bengkel beliau.

Terkejut juga kami kerana beliau masih sudi menunggu kami di bengkelnya, N-Motor.

“Tak apa, lepas interview, saya ke hospital untuk menjemput orang rumah saya dan anak saya balik,” ujar beliau. Kami pula yang rasa bersalah!

nin-monday-2016-20

Nin bersekolah di Sekolah Menengah Majidi Baru sehingga Tingkatan Tiga. Selepas itu, beliau terus bermula membaiki motosikal. Sememangnya Nin tidak malu untuk mengaku beliau tidak menghabiskan pendidikan beliau kerana beliau mempunyai keyakinan diri yang tinggi – satu sifat yang bagus dalam perniagaan.

“Mula-mula saya belajar membaiki motosikal di rumah. Kemudian saya bekerja dengan Alex Motor dan belajar selok belok perniagaan. Macam-macam saya belajar dari kedai tersebut,” ujar Nin.

Selepas itu, beliau terus menyambung kembali perniagaan selenggara motosikal beliau dan lapan tahun lalu, beliau berpindah ke bengkelnya sekarang di Kampung Melayu Pandan. Sebenarnya, di hadapan kedai beliau ialah rumah kepadaibubapa Amirul Ariff Musa, pelumba muda negara.

nin-monday-2016-37

Bengkel Nin lebih kepada pengubahsuaian dan juga penyelenggaraan motosikal.

“Saya sebenarnya buat semua, modifikasi dan servis tetapi yang ramai orang tahu ialah mengenai modifikasi saya,” terang Nin.

Bengkel Nin mungkin nampak ringkas, tetapi beliau menawarkan pelbagai aksesori yang membuat kami sendiri geram. Dari barangan Rizoma, Brembo, Ohlins dan pelbagai coverset dari Thailand dan Indonesia serta komponen-komponen terpakai dari Singapura, Nin sebenarnya “kaya” dengan rakan niaga di rantau Asean ini.

nin-monday-2016-43

“Ada juga komponen yang saya beli secara online. Guna Paypal,” katanya. Untuk Brembo dan Ohlins, Nin memang mendapatkannya dari pengedar sah.

Nin mempunyai seorang pembantu yang menolong beliau di bengkel tersebut.

Barangan asli tidak murah dan Nin berkata, jika mahukan sesuatu yang unik, ia akan memakan belanja yang besar. Di bawah ialah antara contoh harga-harga komponen oleh Nin:

Penyerap hentak belakang Ohlins: RM2,400
Kaliper brek Brembo: RM1,500
Tangki cecair brek Rizoma (replika): RM300 sepasang
Ekzos Daeng dari Thailand: RM450
Cover set: Bermula dari RM1,000

Oleh kerana stok barangan beliau agak mahal, Nin tidak pernah menyimpannya di kedai. Malah, beliau ada koleksi helmet yang dipamerkan hari ini khas untuk Careta sahaja.

nin-monday-2016-44

“Saya simpan di rumah, selamat,” jawab Nin.

Model-model motosikal yang sering diubahsuai oleh Nin ialah Honda RS, Yamaha LC, Kawasaki KR150, skuter dan pelbagai lagi.

“Selagi namanya motosikal, saya boleh bantu.” Tidak menghairankan bila Nin berkata hobi beliau ialah modifikasi motosikal.

Di sini kami tampilkan dua buah motosikal Nin Monday.

Honda RS150 R tukar ke Honda Sonic

nin-monday-2016-3

  • Ini ialah satu modifkasi yang sangat susah dan Nin hampir-hampir berputus asa.
  • Nin baru sahaja membeli Honda ini dua bulan lalu secara tunai.
  • Menurut Nin, cover set Sonic tidak sebegitu mudah untuk dipasang kepada model RS150R.
  • “Badan RS150R lebih lebar dari Sonic. Saya habiskan masa berminggu-minggu untuk mencari jalan bagaimana untuk memasang coverset Sonic kepada RS ini,” terang Nin.

nin-monday-2016-4

  • Pelbagai perubahan terpaksa dibuat – tempat kunci diubah lokasi dari tepi ke atas dan sistem pendawaian terpaksa dirombak.
  • Tangki air turut ditukar ke jenis untuk Sonic.
  • Brake fluid reservoir ditukar kepada jenis “transparent” oleh Rizoma.
  • Kaliper brek Brembo depan dan belakang.
  • Penyerap hentak Ohlins di belakang.
  • Fork hadapan masih menggunakan Showa yang asal tetapi bar hendal diturunkan dalam lima inci.

nin-monday-2016-19

  • Grip hendal ditukar kepada jenis Domino.
  • Paling mantap, swingarm belakang ditukar kepada jenis single-sided arm dari model Honda NSR 150 SP. Dibeli terpakai dari Thailand.
  • Nin mengambil masa empat bulan untuk menyiapkan Sonic beliau ini.
  • Kos cover set sahaja ialah RM4,000!!!!

Suzuki Belang R150 Nin Monday

nin-monday-2016-21

  • Belang ini sudah berusia lebih lima tahun.
  • Lengan ayun belakang menggunakan lengan ayun dari Kawasaki KR 150.
  • Coverset dari Suzuki Satria Indonesia.
  • Ekzos datang dari Thailand, jenama Daeng.
  • Kaliper brek hadapan jenis Brembo (brek Brembo di belakang digunakan dahulu untuk menyiapkan motosikal pelanggan).

nin-monday-2016-47

  • Semua skru ditukar ke jenis Allen-key
  • Panel meter ditukar kepada jenis Koso RX2N yang lengkap dengan lampu-lampu check engine, tolok minyak, tolok suhu dan lain-lain lagi.
  • Panel meter ini juga mampu bertukar warna.
  • Pendawaian untuk meter Koso dilakukan Nin sendiri.
  • Roda aloi saiz 17 inci jenis Takasago dari Jepun.
  • Handlebar damper dari H2R (terpakai, dan motor elektrik dibuang untuk menjadikan damper ini manual).
  • Lampu LED depan dan belakang.
  • Lampu LED pada blok enjin boleh bertukar warna.

nin-monday-2016-46

Kebanyakan pelanggan Nin adalah rakyat JB yang bekerja di Singapura. Mereka mahukan kelainana dan kos tidak menjadi masalah sangat. Kerana itu, jentera-jentera hasil buatan Nin ini memang gempak dan mantap.

Untuk menghubungi Nin Monday, anda boleh PM beliau di Facebook Nin Monday atau Whatsapp beliau di 017-777 3522.

Tahniah Nin kerana dikurniakan seorang lagi anak dan tahniah juga kerana berjaya membuka mata ramai dengan kesungguhan dan kreatitivi beliau.

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *