Uncategorized

Awas! Ops Jalan beroperasi mulai 24 Disember ini

on

Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) semalam mengumumkan operasi Ops Jalan bermula ketika cuti hujung tahun ini.

Ops Jalan dilakukan untuk mengurangkan kadar kemalangan dan mengambil tindakan tegas kepada pesalah-laku trafik.

Menurut pengarah penguatkuasaan Datuk V Valluvan Velloo berkata operasi itu akan membabitkan 1,500 pegawai penguatkuasa dan akan berlangsung antara 24 dan 26 Disember, 30 Disember 2016 dan 2 Januari 2017.

“Untuk memastikan operasi ini berlaku, kami telah mengarahkan kesemua agensi JPJ mengenakan denda maksimum tanpa sebarang rayuan atas apa-apa kesalahan trafik,” ujarnya.

Valluvan menambah bahawa kenderaan yang menggunakan ekzos bingit dan cermin tingkap gelap akan dirampas untuk tempoh 48 jam bagi memudahkan siatan.

Beliau kemudian menerangkan bahawa pihak JPJ akan memeriksa bas-bas di terminal dan akan menyamar menjadi salah seorang dari penumpang bas untuk melihat disiplin pada pemandu.

“Kami akan melakukan pemeriksaan sistem brek pada bas-bas tersebut di terminal, dan juga ujian air kencing secara rawak,” terang Valluvan.

Valluvan turut menyatakan bahawa tiada sekatan jalanraya akan dibuat dalam masa terdekat ini untuk memudahkan pelancaran lebuhraya.

Beliau seterusnya menunjukkan semenjak Mei tahun ini, sudah lebih dari 7,000 orang disaman kerana menggunakan lorong kecemasan. Sebanyak 1,700 kes saman itu dilaporkan sendiri oleh pengguna jalanraya.

Sekarang pesalah laku trafik yang menggunakan laluan kecemasan sudah jauh berkurangan.

“Saman kerana memandu di lorong kecemasan sekarang sudah menurun sebanyak 70 peratus,” terang Valluvan.

*Artikel asal dari The Sun Daily

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *